Header Ads

Header ADS

Tuduhan Ahli Parlimen Mas Gading Tidak Tepat - Henry Harry Jinep


KUCHING: Tuduhan yang dilemparkan Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol bahawa beliau tidak mendapat kerjasama daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhubung isu tempatan adalah tidak tepat.
Perkara itu ditegaskan ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep yang memberitahu kerajaan ne-geri sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana ahli parlimen dari kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) demi rakyat. 
“Kenyataan beliau bahawa tidak dapat kerjasama daripada ADUN GPS adalah tidak tepat. Malah, beliau turut mendakwa ketua masyara-kat dan ketua kaum juga tidak memberi kerjasama,” ujarnya. 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan daripada Pemangku Yang di-Pertua Negeri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar dan isteri Datin Amar Fatimah Iskandar sempena rumah terbuka Krismas di kediamannya di Kampung Tanjung Bowang, Singai Bau dekat sini semalam.
Henry menegaskan, kenya-taan tersebut tidak sepatutnya keluar daripada seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. 
Tambahnya lagi, sebarang isu atau permasalahan boleh dibincangkan dengan baik tanpa perlu menjadikan media sosial sebagai medium melepaskan tuduhan. 
“Ia tidak tepat, tidak perlu kita mengeluarkan kenyataan di media sosial, jika ada masalah, kita boleh bincang. 
“Pejabat Daerah juga ada dan sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja,” jelasnya. 
Pada masa sama, Henry memberitahu, Mordi sepatutnya memikirkan pembangunan di kawasan bukan bertindak kurang matang. 
Menurutnya, beliau sepatutnya menyuarakan isu projek yang dibatalkan di bawah kerajaan persekutuan yang telah diluluskan sebelum ini. 
“Apabila Pakatan Harapan (PH) menang, semua projek di Bau yang berjumlah RM455, 000 dibatalkan,” ujarnya. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.