Header Ads

Header ADS

Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan


Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung kepada parti politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berpangkalan di Semenanjung merupakan suatu kerugian buat dirinya. 

Berbeza dengan rakannya Willie Mongin yang kembali ke pangkal jalan apabila menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum Akta Antilompat Parti dikuatkuasakan meyakinkan beliau antara calon penyandang yang popular untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Parlimen Puncak Borneo. 


Selepas PRU-14, empat komponen parti tempatan Sarawak iaitu  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP yang keluar Barisan Nasional (BN) telah bergerak sendiri atas nama Gabungan Parti Sarawak (GPS). 


Sejak itu, GPS membawa harapan baharu kepada rakyat Sarawak dalam mencorakkan sendiri hala tuju dan pembangunan Sarawak bagi mencapai negeri maju 2030. 


Malah, GPS kini menjadi pilihan rakyat Sarawak selepas berjaya menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak. Menjelang PRU-15 ini, tidak mustahil kejayaan yang sama akan dicapai memandangkan GPS kini berada di landasan yang tepat berdasarkan trek rekodnya dalam membangunkan Sarawak. 


Ini dapat dilihat apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, DUN Krian dan DUN Kabong dimenangi calon GPS dan lebih membanggakan apabila calon PDP-GPS Friday Belik menang dengan majoriti besar menewskan calon PSB Musa Dinggat dan Danny Kuan serta Ali Biju. 


Berbeza di Semenanjung, setiap hari pemimpin parti politik bercakaran sesama sendiri dan berebut mencari pilihan Perdana Menteri berbanding usaha untuk menjaga kebajikan rakyat. 


Malah di Sarawak, langsung ‘tiada’ isu yang dapat dibangkitkan pembangkang sehinggakan tiada isu atau cerita yang boleh diperdagangkan pembangkang sebelum pembubaran Parlimen. Selepas PRN-12 Sarawak, pemimpin dan parti GPS terus bekerja bersama rakyat dalam membangunkan Sarawak. 

2 comments:

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.