SEDARLAH RAKYAT PULAU PINANG


Biarpun diperintah DAP, kerajaan BN tidak pernah memingkirkan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Sepanjang pengambilalihan DAP, Pakatan Pembangkang hanya membelanjakan sebanyak RM3.9 juta berbanding kerajaan BN yang telah memperuntukan sebanyak RM64 juta bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Berdasarkan fakta di atas, kerajaan BN tidak pernah sesekali memingkirkan rakyat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang apatah lagi bersikap dendam terhadap rakyat yang mengundi Pakatan Pembangkang pada PRU-12 dahulu.

Sebaliknya, kekalahan BN di beberapa buah negeri pada PRU-12 dahulu telah memberikan keinsafan kepada kepimpinan BN terhadap kuasa rakyat dan bermatlamat untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

Andaian bahawa kerajaan BN akan bersikap tidak mengambil berat terhadap rakyat di negeri-negeri Pakatan Pembangkang ternyata meleset, sebaliknya bersikap adil dan saksama berdasarkan keperluan rakyat.

Berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, Pulau Pinang mempunyai penduduk yang paling ramai miskin dan memerlukan bantuan semenjak pemerintahan BN diambil alih DAP dan Pakatan Pembangkang.

Perjuangan BN dalam membantu rakyat adalah ikhlas dan kerana Allah dan sebab itu bantuan yang diberikan itu bukan berlandaskan idealogi politik. Sebagai contoh, penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sesiapa yang memenuhi syarat dan tidak kira mereka itu ahli atau penyokong DAP, PKR atau PAS boleh memohon dan menerima BR1M.

Anggapan pemimpin PAS bahawa BR1M itu adalah rasuah dan haram adalah keterlaluan biarpun SPRM menyatakan pemberian itu adalah sah. Oleh itu, terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada mahu menerima atau sebaliknya, yang pasti kerajaan BN ikhlas membantu rakyat.
Baca lagi »

BUDAYA SAMSENG DALAM POLITIK MALAYSIA


Semenjak terbentuknya gabungan Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat @ Pakatan Pembangkang, politik di Malaysia sudah jauh terpesong daripada maksud sebenar politik dalam kancah demokrasi.

Umum mengetahui proses pilihan raya adalah undi dan angka yang membezakan seseorang calon atau parti itu menang atau kalah, berjaya memerintah atau tidak.

Dalam mempengaruhi pengundi, setiap parti akan cuba melakukan apa saja termasuk mengadakan samseng jalanan ketika proses berkempen dan membuang undi.

Sepanjang kempen politik atau tidak, budaya samseng pilihan raya telah disogokkan kepada rakyat dengan melakukan provokasi melampau dan mencaci keperibadian pemimpin yang belum tentu kebenarannya. Inilah yang dilakukan pemimpin Pakatan Pembangkang dalam setiap ceramah kempennya biarpun pemimpin BN mengambil pendekatan dengan tidak menyentuh peribadi calon.

Sewajarnya pemimpin politik Pakatan Pembangkang mahupun BN ‘mengajar’ ahli-ahli untuk tidak melakukan kempen provokasi hingga menyebabkan politik di Malaysia berpaksikan budaya samseng. 
Baca lagi »

DAP PERSOAL KUASA SULTAN DALAM MELANTIK MENTERI BESAR HANYA DARIPADA ORANG MELAYU


Belajar dari kesilapan lalu, DAP mempersoalkan hak mutlak Sultan di negeri-negeri di Malaysia yang ‘berkuasa’ untuk melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri hanya daripada kalangan orang Melayu.

Tindakan DAP itu seolah-olah mencabar kedaulatan Sultan dan hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Dalam kenyataan sebuah artikel dalam akhbar Cina Sin Chew Jit Poh keluaran 1 Mac 2012 yang memperlihatkan kedangkalan DAP yang mempertikaikan kuasa Raja dan Sultan di Malaysia.

Perak DAP accused that MCA and Umno passed the enactment of state constitution in the past that only Malay or Muslim can become MB and because of this, CSL and Gan Ping Sieu are misleading the people and should be condemned.

The statement is to rebut CSL's claim that even DAP won 18 seats in Perak, it still had to give the MB post to Nizar, making itself a PAS puppet.

The state constitution clearly stipulates that unless there is an exemption by Sultan, only Malay/Muslim can be the MB. Hence MCA must answer to Chinese community why it would lower itself in the past for agreeing to such an enactment and now blame DAP.

If it's not the enactment, any party with majority in the state assembly can hold the MB post.

They accused Dato Dr Chua Soi Lek has been spreading lies everywhere to the Chinese community that once PR wins, PAS will be the leader but Malay papers had reported that Chua saying if DAP won, it will form Chinese governemtn and sidelined the Malays. This proves MCA's hypocritical politics.

PAS has 60 seats out of 222 MP seats, not even 1/3 and it will not become the taiko even it wins all. but look at Umno, it has more than half of the seats, it can form govt by itself, the Chinese should be worried about Umno.


‘Kehilangan’ jawatan Menteri Besar Perak kepada orang Melayu biarpun menang banyak di beberapa kawasan DUN telah mencetuskan rasa tidak puas hati DAP. Biarpun melantik rakan mereka daripada PAS untuk menjawat jawatan Menteri Besar hanya selama 6 bulan selepas masalah dalaman yang menyaksikan beberapa ADUN dari DAP keluar parti dan bersikap berkecuali dengan menyokong BN.

Sepatutnya pemimpin DAP yang menjawat jawatan Menteri Besar Perak dan bukannya PAS atau PKR jika ia diserahkan kepada kedua-dua kompenan parti Pakatan Pembangkang itu.

DAP sangat mengidamkan jawatan Menteri Besar setelah berjaya memiliki jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang. Untuk merealisasikan hasratnya itu, DAP kini mencari ruang dan peluang untuk memperkenalkan calon Melayu yang akan mewakili DAP dalam PRU-13 akan datang.

Kemenangan pastinya memihak kepada DAP dan jawatan Menteri Besar Perak dan beberapa negeri yang telah dikenalpasti akan jatuh ke tangan mereka seperti Negeri Sembilan dan Johor. Justeru, mereka tidak akan melakukan kesilapan dan akan meletakkan calon Melayu yang mewakili DAP di beberapa kawasan yang dikatakan mampu menang.

Jika berkuasa, pemimpin Melayu yang mewakili DAP akan menjawat jawatan Menteri Besar dan bertindak sebagai boneka. Segala perancangan dan keputusan yang melibatkan kewangan, pentadbiran dan pengurusan akan dirujuk dan dikendalikan pemimpin-pemimpin DAP.
Baca lagi »

SUPP GEMPUR KAWASAN HITAM YANG DIWAKILINYA


Presiden SUPP menegaskan SUPP akan melakukan gempuran ke atas 7 kawasan Parlimen yang diwakilinya yang kini berstatus hitam. 7 kawasan Parlimen hitam terdiri dari Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sarikei dan Miri.

SUPP pastinya akan menghadapi tentangan sengit dari DAP yang mana kawasan yang ditandingi mereka itu majoriti Cina kecuali Parlimen Serian.

Bagi menggempurkan kawasan ‘hitam’ itu, SUPP telah menggariskan pelbagai aktiviti yang berpaksikan pilihan raya. Salah satunya ialah lawatan atau walkabout Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke kawasan Parlimen tersebut.

Segala perancangan dan aktiviti yang akan diadakan di kawasan Parlimen tersebut telahpun dihantar ke Pejabat Perdana Menteri untuk perhatian dan tindakan seterusnya.

Menyentuh mengenai kawasan Parlimen Lanang dan Sibu yang merupakan ‘kumpulan’ kedua dalam SUPP, Presiden SUPP memaklumkan bahawa kedua-dua cawangan SUPP itu telahpun menghantar senarai aktiviti seperti yang diminta.

Gesaan terbaru itu membuktikan kedua-dua kumpulan SUPP itu sepakat untuk memberikan tumpuan dalam menghadapi PRU-13 dan melupakan seketika permasalahan dalaman SUPP yang boleh diselesaikan secara baik.
Baca lagi »

KAUM INDIA TERSEDAR DARI MIMPI


Sejak sekian lama kaum India tidur dari mimpi, akhirnya mereka tersedar bahawa selama ini Anwar Ibrahim hanya ‘berlakon’ dihadapan mereka hanya sekadar untuk meraih undi.

Bersandarkan sebuah video yang telah dimuat naik ke dalam Youtube menyebabkan sebuah NGO yang dikenali Alternative Action Team (AAT) membuat laporan polis berhubung kata-kata kesat terhadap kaum India yang dikeluarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 2009.

Rakaman pertama berdurasi satu minit 29 saat manakala rakaman kedua berdurasi 38 saat telah dimuat naik sejak dua tahun lalu, ditonton oleh lebih 27,000 orang.

Rakaman yang dimuat naik ke dalam Youtube itu bukan satu tetapi dua yang berjaya diperolehi AAT. Walaupun rakaman video itu telah lama namun hakikatnya kaum India tidak boleh menerima tuduhan yang berasaskan kata-kata kesat terhadap kaum India.

Dalam PRK Bagan Pinang itu, calon BN telah berjaya mengalahkan calon PKR dengan majoriti yang besar sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim berasa marah di atas sokongan kaun India kepada BN.


Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim memperlekehkan kaum India kerana sebelum ini dalam isu Kampung Buah Pala, beliau berjanji akan menyelesaikan masalah itu tetapi hanya tinggal kenangan. Biarpun, Pulau Pinang diperintah Pakatan Pembangkang, namun Anwar Ibrahim hanya memperalatkan kaum India untuk mendapatkan sokongan politik.

Itulah sifat Anwar Ibrahim terhadap kaum India, namun hanya kaum India sahaja yang masih tidur dengan kata-kata manis Anwar Ibrahim. 
Baca lagi »

KRISIS DALAMAN PAS KEDAH KIAN PARAH


Mesyuarat tergempar PAS Pusat dalam membincangkan krisis dalaman PAS Kedah yang mengambil masa selama 4 jam menemui jalan buntu apabila tiada sebarang keputusan dibuat. Kegagalan ahli-ahli mesyuarat mendapatkan keputusan dalam mesyuarat itu membuktikan pergolakan dalaman PAS Kedah kian parah. Mesyuarat itu telah dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang juga rakan seperjuangan Anwar Ibrahim.

Kegagalan itu membuatkan satu lagi mesyuarat tergempar akan sekali lagi diadakan pada Sabtu ini bagi mencari formula dalam menyelesaikan krisis dalaman PAS Kedah yang melibatkan pertelingkahan antara Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dengan kumpulan Phahrolrazi Zawawi.

Pada perbincangan seterusnya, mesyuarat akan melibatkan semua pihak termasuk Abdul Hadi Awang, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, pesuruhjaya negeri serta pihak bertelagah.

Melihat kembali pergolakan dalaman PAS Kedah yang dlihat ada campur tangan parasit dan Anwarisme sehingga menyebabkan sokongan ke atas kumpulan ulama diketepikan. Phahrolrazi Zawawi yang merupakan anggota kumpulan Anwarisme cuba untuk membentuk pasukan dan mahu menggulingkan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.

Kumpulan ini yang serasi dengan idelogi reformasi tidak mahu terkongkong dengan idealogi kumpulan ulama yang disifatkan telah ketinggalan zaman. Untuk itu, sebaik-baiknya kumpulan ulama ini harus direformasikan selaras dengan kehendak dan keperluan zaman.

Dan, kini PAS Kedah bukan sahaja berdepan dengan kumpulan Anwarisme tetapi juga berhadapan dengan reformasi yang diperjuangkan Anwar Ibrahim sebelum ini yang hanya bertujuan untuk kepentingan politik sendiri. 
Baca lagi »

NIK AZIZ TERIMA LIM KIT SIANG TAPI DENGAN SYARAT


Walaupun Lim Kit Siang berminat campur tangan dalam hal PAS, namun Nik Aziz tidak sanggup menerimanya bahkan bertegas Presiden PAS haruslah orang Melayu dan beragama Islam.

Biarpun PAS membuka keahliannya kepada mereka yang bukan Islam, namun perjuangan PAS adalah untuk Islam. Sebaliknya keahlian mereka yang bukan Islam adalah bertujuan untuk mencari sokongan politik.

Adalah tidak logik PAS dipimpin bukan Melayu dan bukan Islam kerana agama Islam merangkumi urusan akhirat, dosa dan pahala.

Bagaimanapun, PAS masih boleh mempertimbangkan mereka yang bukan Melayu, tetapi Islam untuk menjadi Presiden PAS.

Justeru, mereka yang dari kalangan DAP dan PKR yang bukan Melayu tetapi beragama Islam, PAS membuka peluang untuk menjawat jawatan sebagai Presiden PAS.

Baca lagi »

PARASIT PAS SERANG PAS KEDAH


Kemelut yang melanda PAS Kedah kini dikatakan perancangan ‘parasit’ PAS yang memihak kepada Anwar Ibrahim seperti yang berlaku dalam PAS Selangor, menurut Dr Hasan Ali.

Selepas ‘berjaya’ menumbangkan kepimpinan sebenar PAS yang diterajui bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali, golongan parasit ini menjadikan PAS Kedah sasaran seterusnya. Justeru, kegelisahan Azizan Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kedah ada asasnya.

PAS kini tidak seperti dahulu kerana pengaruh Anwar Ibrahim dalam kepimpinan Pusat semakin terserlah dengan beberapa pemimpin PAS Pusat merupakan ‘rakan rapat’ Anwar Ibrahim. Mereka ini membawa idealogi Anwar Ibrahim sekiranya mahu PAS relevan dengan perkembangan semasa termasuk menyokong DAP.

Pendedahan Dr Hasan Ali sebelum ini bahawa PAS mempunyai parasit dengan sanggup menjatuhkan rakan sendiri dalam PAS demi kelangsungan untuk menjawat jawatan menteri dalam persekutuan sekiranya mereka Berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 akan dating.

PAS Kedah kini bergolak ekoran pengunduran beberapa Exco negeri yang dilantik Azizan sebagai Menteri Besar. Malah lebih mengejutkan, Exco-Exco ini memberikan syarat dan kata dua kepada Azizan jika mahu melantik mereka dalam kerajaan Kedah.

Tindakan itu tidak pernah berlaku ke atas mana-mana negeri melainkan Kedah. Ini jelas bahawa PAS kini telah rosak dan menuju kehancuran. 
Baca lagi »

MANSUH TOL BUAT KERAJAAN SELANGOR TIDAK TENTU ARAH


Pengumuman Perdana Menteri mengenai pemansuhan bayaran tol sebanyak RM1 di Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang yang menghala ke Kuala Lumpur dan RM0.90 di Batu 11 menghala ke Kajang mulai tengah malam tadi sangat mengembirakan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Perdana Menteri, atas keprihatinan rakyat, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan bayaran tol bagi mengurangkan beban rakyat.

Pemansuhan itu merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali Lebuh Raya Grand Saga.

Ini menjadikan sebanyak 50 peratus lagi adalah subsidi yang diberikan kerajaan kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan yang dilihat semakin meningkat.

Bagi kerajaan Selangor tindakan mengurangkan tol ini telah menyebabkan Pakatan Pembangkang terpaksa memikirkan strategi baru. Sebelum ini, janji-janji Pakatan Pembangkang semasa PRU-12 lalu sekiranya menakluk Selangor tidak lagi ditunaikan meskipun kini hamper menamatkan pemerintahan.

Janji mahu memansuhkan bayaran tol di beberapa kawasan di Selangor tidak ditunaikan sebaliknya sibuk dengan berkempen politik bagi mendapatkan sokongan untuk menawan Putrajaya.

Jelas bahawa Pakatan Pembangkang hanya gemar berpolitik daripada membantu rakyat. 
Baca lagi »

SURAT TUN DR MAHATHIR KEPADA ISRAEL TAMPARAN BUAT ANWAR IBRAHIM


Tindakan kerajaan mendedahkan surat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada Israel semasa pemerintahannya suatu ketika dahulu telah memberikan tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim. Terdahulu, Anwar Ibrahim dalam ceramahnya  kebelakangan ini menyebarkan dakwaan kononnya Malaysia mempunyai hubungan dengan Israel bagi kelangsungan kenyataannya sebelum ini yang menyokong keselamatan Israel.

Sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim mahupun pihak Pakatan Pembangkang tidak mengulas mahupun memberikan komen terhadap surat-surat yang pernah ditulis Tun Dr Mahathir kepada kepimpinan Israel.

                  
Secara jelas, dakwaan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang bahawa kerajaan Malaysia sebelum ini pernah menjalankan hubungan dengan Israel hanya fitnah dan berbohong.


Tindakan kerajaan itu secara jelas mencerminkan bagaimana pendirian Malaysia berhubung hubungannya dengan Israel tetapi dipertikaikan Pakatan Pembangkang kononnya Malaysia menerusi Tun Dr Mahathir juga pernah mengadakan hubungan dengan Israel.
Baca lagi »

SAMSENG HANYA REKAAN DR BADRUL SAHAJA


Kenyataan Dr Badrulamin yang mengatakan dirinya dikasari samseng semasa tangkapan khalwatnya di sebuah hotel di Balok hanya rekaan sahaja. Ini berdasarkan kepada keterangan pekerja hotel yang menafikan dakwaan itu yang disifatkan sengaja untuk mencemarkan nama hotel tersebut.

"Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu.

"Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu.

Ketika disoal siasat polis, tiada seorangpun daripada pekerja hotel tersebut menyatakan melihat kelibat kumpulan samseng seperti yang dikatakan Dr Badrulamin di dalam kenyataan dalam Malaysiakini.

Badrulamin mendakwa beliau dibelasah sekumpulan lelaki seramai kira-kira 20 orang semasa serbuan di hotel itu, awal pagi Sabtu lalu.

Pada Sabtu lepas, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron telah ditangkap bersama seorang wanita dalam keadaan mencurigakan dengan hanya berkain tuala.

Namun, difahamkan Dr Badrulamin tidak mahu membuat laporan polis sebaliknya menyatakan dia sudah memaafkan mereka seperti kenyataannya semasa ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada JAIP semalam.

Menurut pihak hotel, faktor keselamatan antara aspek penting untuk menjamin keselamatan pelanggan, jadi mana-mana pihak dalam keadaan mencurigakan dan membahayakan pelanggan pasti akan diperhatikan.

"Kalau dikatakan ada kumpulan samseng memasuki hotel ini tanpa dapat dikesan oleh staf-staf keselamatan, itu sungguh tidak logik. Kenyataan yang mengatakan hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya sangat mencemarkan imej hotel ini.

Hingga setakat ini belum ada laporan polis dibuat berkenaan kumpulan samseng sebaliknya sibuk menyalahkan orang lain sebagai konspirasi politik UMNO.
Baca lagi »

PESERTA HIMPUNAN HIJAU 2.0 CEDERAKAN WARTAWAN



Akibat terlalu khusyuk dengan Himpunan Hijau 2.0, peserta-peserta itu yang kebanyakannya ahli-ahli PKR dan DAP tidak menyedari ada di kalangan mereka telah mencederakan wartawan yang membuat liputan berita mengenai perhimpunan itu di Pulau Pinang.

Kedua-dua wartawan daripada akhbar harian Cina tempatan Kwong Wah Yit Poh itu cedera. Serangan ke atas fizikal dilakukan kepada wartawan Andrew Chew, 29, dan jurugambar Lee Hong Chun, 25.

"Kedua-duanya ditugaskan membuat liputan perhimpunan tersebut dan orang ramai termasuk kumpulan liar berkenaan boleh mengenali wakil akhbar yang bertugas pada masa itu

Kekecohan berlaku semalam dalam perhimpunan Himpunan Hijau di Pulau Pinang semalam yang berakhir dengan kekecohan yang melibatkan 50 orang anggota daripada pertubuhan bukan kerajaan.

Perhimpunan di Pulau Pinang itu berlangsung dari jam 6.00 petang dengan disertai hampir 1,000 orang sebagai sokongan kepada perhimpunan sama di Kuantan, Pahang, untuk membantah kilang memproses nazir tanah Lynas didirikan di Kuantan.
Baca lagi »

TERIMA KASIH PENGIKUT TERHORMAT

Popular Posts

KOMENTAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER

Blogroll

HAKCIPTA TERPELIHARA

©Hak Cipta Terpelihara 2009
http://cetusankenyalang.blogspot.com