Header Ads

Header ADS

Azmin Ali Gagal Jawab Soalan Ahli Parlimen GPS Mengenai Tawaran PH Sarawak


KUCHING - Tindakan ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mendapatkan jawapan daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi berhubung dengan tawaran baharu seperti yang dikemukakan Pakatan Harapan (PH) Sarawak dalam sidang media di Dewan Rakyat baru-baru ini tidak berhasil apabila menterinya 'gagal' menjawab soalan yang dikemukakan. 

Lebih malang lagi, jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bukan sahaja tidak menepati kehendak soalan malah berusaha untuk memesongkan jawapan agar tidak menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Sibuti.

Terdabulu, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni meminta penjelasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali berhubung kenyataan daripada Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang telah memberi satu tawaran baharu kepada Kerajaan Negeri Sarawak tentang pemberian 5 peratus royalti tambahan kepada 20 peratus daripada keuntungan dan beserta 50 peratus cukai kerajaan.

"Pada anggapan kami (GPS) bahawa kami akan mesra kepada kabinet Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan baru. Tetapi, mengapa ada wujud pelbagai tawaran. Apakah ini dibuat semata-mata untuk dipolitikkan atau memperbodoh-bodohkan kami daripada kumpulan GPS?

"Kami daripada kumpulan GPS sangat-sangat menghormati kabinet dan menghormati menteri. Malah, kami hanya mahu berunding dan juga terlibat dengan jawatankuasa khas ini supaya kita mendapat satu formula yang khusus dan bukannya tawaran hanya semata-mata untuk menjuarai atau mendapat populariti," soalnya ketika mengajukan soalan itu kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang sepatutnya menjawab persoalan Ahli Parlimen Sibuti itu cuba untuk memesongkan jawapan dengan memberikan kenyataan yang tidak selari dengan soalan yang dipersoalkan.

"... setelah adanya permaufakatan di antara empat negeri ini (pengeluar minyak di Malaysia), maka barulah kita umumkan kepada umum," katanya yang cuba mengelak daripada menjawab soalan Ahli Parlimen Sibuti.

Begitupun, Ahli Parlimen Sibuti sekali lagi bangun dan mendesak agar Menteri Hal Ehwal Ekonomi menjawab soalan yang dipersoalkan dan bukannya memberi jawapan yang lain dan berputar belit.

"Siapa yang perlu jawab persoalan tadi tentang 'offer' tawaran daripada Ahli Parlimen Stampin?

"Kita nak dengar kenyataan Ahli Parlimen Stampin ke, Ahli Parlimen Langkawi dan Gombak. Kita 'respect' hormat kabinet dan bukan sahaja-sahaja 'offer' tawarkan?," tegasnya.

Seperti biasa, Ahli Parlimen Gombak yang gemar bermain psikologi dan putar belit telah memberikan jawapan yang tidak meyakinkan dan cuba untuk memberikan jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberikan.

"Ahli Parlimen Sibuti perlu tenang dan sabar kerana itu adalah pandangan daripada Pakatan Harapan Sarawak yang perlu dihormati.

"Dan, saya telahpun memaklumkan perkara ini di dalam dewan yang mulia ini bahawa tuntutan dan cadangan itu datangnya daripada Pakatan Harapan Sarawak yang kita hormat kerana mereka juga mewakili sebahagian besar rakyat negeri Sarawak.

"Namun, ianya sebagai satu gabungan parti-parti politik dan bukan daripada Kerajaan Negeri Sarawak maka cadangan dan tawaran ini perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sarawak terlebih dahulu.

"Apabila model ini dipersetujui Kerajaan Negeri Sarawak antara yang dituntut adalah untuk memulangkan autonomi dalam pendidikan dan kesihatan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan 20 peratus royalti petroleum dan sebagainya," katanya. 

Jawapan yang diberikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu cukup mengecewakan Ahli-Ahli Parlimen GPS dan rakyat Sarawak dalam usaha mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.