Header Ads

Header ADS

Rakyat Sarawak Bidas Xavier Jayakumar Mahu Campuri Urusan Dalaman Kerajaan Negeri Sarawak


KUCHING, 12 November - Tindakan Menteri Sumber Mineral, Air dan Tanah Dr Xavier Jayakumar mahu Kerajaan Negeri Sarawak menggunapakai Kanun Tanah Negara dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) yang diadakan di Putrajaya, minggu lepas disifatkan cuba mencampuri urusan Kerajaan Negeri dan mempunyai agenda tersembunyi.

Kenyataan ini dijelaskan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas selepas menamakan menteri yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan tersebut, dalam satu kenyataan medianya Selasa lepas selepas memaklumkan perkara ini dalam satu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Entingan di Munggu Gernis, Spaoh baru-baru ini.

Atas sebab itu, Sarawak perlu ditadbir oleh parti dan rakyat negeri ini demi kelangsungan negeri ini di masa depan. Jika tidak, adalah tidak mustahil segala perlembagaan dan peratursan serta undang-undang negeri ini akan dipinda dan dimansuhkan sekiranya Kerajaan Negeri ditadbirkan Pakatan Harapan (PH).

Malah, keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menyertai Kerajaan PH selepas keluar dari Barisan Nasional (BN) Jun lepas disifatkan sebagai keputusan yang bijak.

Sementara itu, jika Kanun Tanah Negara digunapakai oleh semua negeri termasuk Sarawak dan Sabah, nescaya tanah-tanah di Sarawak mudah dibeli dan dikuasai oleh 'orang luar' selepas undang-undang dan perlembagaan negeri berkaitan tanah dipinda. 

Juga, sekiranya pemansuhan Kanun Tanah Sarawak dilaksanakan ini menyebabkan keistimewaan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terhapus dan menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Sarawak secara keseluruhannya. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.