Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Tidak Pernah Dan Mengambil Tanah Milik Rakyat Tanpa Bayaran Pampasan


SIBU - Kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Survei membayar pampasan berjumlah RM12.03 juta kepada pemilik tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah bagi tujuan pelaksanaan empat buah projek di bahagian ini.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata seramai 142 pemilik tanah yang melibatkan 21 tanah bersurat hak milik dan tujuh bidang tanah yang dituntut di bawah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Katanya, kesemua empat projek berkenaan terdiri daripada Projek Jalan Sambungan bagi Jalan Lada; Tapak Perindustrian Rantau Panjang; pengambilan balik tanah bagi Cadangan Pembangunan Telekomunikasi, Infrastruktur dan Fasiliti ke atas sebahagian Lot 264 Block 4 Assan Land District; Pradom dan cadangan pembinaan jambatan merentangi Sungai Tamin, Selangau.

"Kerajaan Negeri tidak pernah dan tidak akan mengambil tanah hak milik rakyat negeri ini tanpa bayaran pampasan sewajarnya.

"Sebaliknya, setiap pampasan dan bayaran untuk tanah yang diambil oleh kerajaan bagi tujuan infrastruktur akan dibayar mengikut struktur dan nilai pasaran yang ditetapkan," katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah di Dewan Suarah di sini hari ini.

Len Talif berkata, projek jalan sambungan bagi Jalan Lada sepanjang 1.8 kilometer melibatkan 19 tanah bidang tanah bersurat dengan 128 orang penerima dengan nilai pampasan berjumlah RM10.4 juta.

Apabila siap kelak ujar beliau, jalan sambungan tersebut akan menghubungkan Jalan Lada yang sedia ada ke Jalan Salim-Stabau.

Ujar beliau, terdapat seramai empat orang penerima cek pampasan tanah bernilai RM1.5 juta bagi projek Tapak Estet Perindustrian Rantau Panjang, Sibu (fasa 1 iaitu kawasan prioriti).

Tapak ini melibatkan tiga bidang tanah yang terdiri daripada satu bidang tanah bersurat milik hak milik dan dua bidang tanah lagi tertaluk kepada NCR.

Menurut Len Talif bagi cadangan Pembangunan Telekomunikasi, Infranstruktur dan Fasiliti ke atas sebahagian Lot 264 Block 4 Assan Land District, Pradom ia akan melibatkan keluasan tanah 0.2326 hektar dengan nilai pampasan sebanyak RM82,600.

Jelasnya, untuk cadang pembinaan jambatan merentangi Sungai Tamin, projek tersebut melibatkan tanah yang dituntut di bawah NCR dengan keluasan 0.3667 hektar.

Len berkata, nilai pampasan tanah untuk projek tersebut ialah RM12,126 dan projek tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Sarawak.

Hadir sama, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu Norlina Ra'ee. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.