Header Ads

Header ADS

Trend Pengguguran Kes Mahkamah Melibatkan Pemimpin PH Membimbang Dan Dipersoal


KUALA LUMPUR – Trend pengguguran kes-kes mahkamah melibatkan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) sejak parti itu mengambil alih pentadbiran negara dipersoalkan.

Meskipun bidang kuasa yang ada pada Peguam Negara seperti termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan per­lu dihormati semua pihak, na­mun pengguguran kes-kes mem­babitkan kepemimpinan tersebut cukup membimbangkan.

Hal itu kerana, menurut Ahli Par­limen Pengerang, Datuk Se­ri Azalina Othman Said, yang digugurkan adalah melibatkan kes-kes jenayah seperti hasutan, pecah amanah dan pembocoran maklumat.

Sehubungan itu, beliau berha­rap supaya perkara tersebut di­be­ri penjelasan kukuh kerana di­bimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di negara ini.

“Badan kehakiman perlu ke­­kal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk daripada badan eksekutif mahupun legis­la­tif.

“Justeru itu, kerajaan PH per­lu lebih berhati-ha­ti da­­lam setiap tindakan di­­ambil agar tidak me­wu­­judkan persepsi yang salah terhadap ba­­­­dan kehakiman dan perundangan di ne­ga­ra ini,” katanya dalam ke­n­ya­taan di sini hari ini.

Azalina yang juga Ah­li Majlis Tertinggi UMNO berpandangan se­mua pi­­­hak seharusnya ber­pe­­­gang dengan prin­sip rule of law supaya prestij ba­dan kehakiman negara terus di­hor­ma­ti.

Dalam pada itu, Presiden Per­satuan Peguam-peguam Mus­lim Malaysia (PPMM), Datuk Zai­nul Rijal Abu Bakar meminta Peguam Negara, Tommy Thomas menjelaskan secara terperinci jus­ti­fikasi beliau mengenai peng­guguran kes-kes berkenaan.

Perkara itu perlu, kerana menu­rut Zainul Rijal, keputusan yang dibuat itu jika tidak dijelaskan dengan teliti hanya mengundang persepsi negatif rakyat terhadap sistem perundangan dan keha­kiman negara.

“Benar, dari segi undang-un­dang Peguam Negara mempunyai kuasa untuk membuat pen­dak­wa­an atau menghentikan per­tu­du­han. 


Tetapi isunya di sini ialah ketelusan, jika tidak diterangkan asas-asas mengapa pengguguran itu dilakukan, maka dikhuatiri mem­beri impak negatif kepada sis­tem perundangan ne­gara,” jelas beliau. -Utusan Online

2 comments:

  1. Dibawah AG yg baru, rakyat kini tidak lagi mempercayai sistem yang ADA, perlantikan seolah2 hanya ingin menyelamatkan kroni? Sudah jadi refobasi, takut2 nanti negara jadi macam Mexico bila undang2 tidak lagi dihormati....

    ReplyDelete
  2. Adakah cronism kini berakar umbi semula disemua kementerian dan intitusi didalam kerajaan. Rakyat sudah lama menjangkakan perkara ini akan berlaku. Ianya benar2 berlaku?

    ReplyDelete

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.