Header Ads

Header ADS

Tewaskan Sarawak, Felda United FC Juarai Liga Premier 2018


KUCHING - Kemenangan menentang Sarawak di tempat lawan petang tadi membolehkan pasukan berstatus kelab, Felda United FC menjuarai Liga Premier Malaysia 2018 musim ini.

Felda yang memerlukan kemenangan bagi mengesahkan kedudukan sebagai juara Liga Premier Malaysia 2018 mempamerkan aksi-aksi menarik dan berjaya menundukkan Sarawak dengan jaringan 3-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini.

Kemenangan menentang Sarawak juga mengesahkan Felda akan bermain di Liga Super Malaysia pada tahun depan.

Dalam perlawanan petang tadi, Felda bermula garang apabila mendahului separuh masa pertama dengan jaringan 2-1.

Penyerang import Felda Gilberto Valdenesio Fortunato membuka jaringan seawal minit ke 5 hasil rembatan kencang di depan pintu gol Sarawak.

Gol tersebut ternyata menyentak semangat pemain-pemain Sarawak yang berusaha mencari gol penyamaan, tetapi gagal menemuinya.

Seorang lagi penyerang import Felda, Thiago Augusto Fernandes berjaya mencetak nama sebagai penjaring apabila rembatan kencangnya di luar petak penalti Sarawak berjaya menembusi jangkauan penjaga gol Sarawak Mohd Firdaus. 

Kedudukan 2-0 bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pemain import Sarawak, Mateo Roskam berjaya merapatkan kedudukan 2-1 hasil sepakan percuma selepas pemain Sarawak dikasari.

Tamat separuh masa pertama, Sarawak 1-2 Felda. 

Bersambung separuh masa kedua, Sarawak yang cuba mencari gol penyamaan gagal menemui jaringan akibat daripada kekentalan benteng pertahanan Felda dan ketumpulan barisan penyerang pasukan Sarawak.

Selepas bertali arus menyerang, benteng Sarawak telah dihukum apabila pemain pertahanan Sarawak Dzuladzlan Ibrahim menjatuhkan penyerang Felda di dalam kotak penalti dan Felda dihadiahkan sepakan penalti.

Gilberto Valdenesio Fortunato yang mengambil sepakan penalti itu dengan tenang menewaskan penjaga gol Sarawak Mohd Firadus buat kali ketiga.

Kekalahan ini menyebabkan Sarawak kekal menghuni di kedudukan ketiga tercorot dari bawah apabila sekadar memperoleh 19 mata daripada 18 perlawanan.


Sehingga tamat separuh masa kedua, Felda berjaya mencatat kemenangan berharga sekaligus dinobatkan sebagai juara Liga Premier Malaysia 2018. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.