Header Ads

Header ADS

Tabur Fitnah, Bekas Calon PKR Parlimen Petra Jaya Wajar Diambil Tindakan


KUCHING - Selepas gagal memenangi kerusi Parlimen P.194 Petra Jaya dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) lepas, bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Petra Jaya Datuk Ir. Dr. Nor Irwan Ahmat Nor dilihat sekali lagi cuba untuk memfitnah Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat, semalam.

Bagaimanapun, cuba kali ini ternyata gagal apabila status yang dimuat naik dalam facebook miliknya yang menggunakan nama 'Nor Irwan Ahmat Nor' dengan tajuk 'GENG-GENG LAMA BN KELUAR DEWAN' telah di'serang' dengan gambar dan fakta sebenar yang berlaku di dalam Dewan Rakyat semalam sehingga menggambarkan kenyataannya itu bersifat 'fitnah' dan cuba memburukkan imej GPS sebagai sebuah gabungan mesra Kerajaan Pakatan Harapan.

Akibatnya, Nor Irwan telah 'membuang' statusnya itu selepas ramai netizen memberikan imej penabur fitnah kepada GPS dan Kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam statusnya dengan niat sengaja mahu memberikan imej negatif kepada GPS yang dikatakan turut sama keluar dewan mengikut Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) semasa perlantikan Speaker Dewan Rakyat, semalam.

"Persidangan Parlimen hari pertama dicemari oleh Ahli Parlimen Pembangkang keluar dewan kononnya tidak bersetuju terhadap perlantikan Speaker Dewan.

"GPS Sarawak pun turut serta sebagai solidariti/sokongan pada kawan-kawan mereka dari UMNO, MCA dan MIC.

"Kata mesra PH? Memang sah DNA BN mereka memang masih menebal," tulisnya dalam status terkini Nor Irwan.

Bagaimanapun, ketika ini status tersebut tiada lagi dalam facebook miliknya dan dipercayai telah dibuang bagi mengelak dirinya terus diserang netizen.

Pada pembukaan sidang Dewan Rakyat semalam, kesemua Ahli-Ahli Parlimen GPS tidak keluar dewan sebaliknya mengambil sikap berkecuali dalam perkara tersebut.

Dalam pada itu, turut berada di dalam dewan ketika beberapa Ahli Parlimen BN dan PAS ialah bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman. 

Ini bukan kali pertama bekas calon PKR Parlimen Petra Jaya itu 'memfitnah' Ahli Parlimen GPS dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha meraih sokongan moral selepas beliau gagal dalam menawan kerusi Petra Jaya.

Sepatutnya PKR tidak lagi mencalonkan mahupun menyimpan ahli seperti Nor Irwan ini yang dipercayai akan menjadi punca kepada keretakan hubungan GPS dan Kerajaan Pakatan Harapan.

Malah, gelaran yang dimilikinya 'Datuk' dan 'Dr' yang dipegangnya ketika ini dilihat tidak mencerminkan kelayakan sebagai seorang yang berfikiran matang dan bernas.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.