Header Ads

Header ADS

Sarawak Report Buat Hal Lagi Kata Petros Terlibat Penerokaan Minyak Di Oman


KUCHING - Pejabat Ketua Menteri Sarawak menerusi kenyataan medianya semalam menafikan tuduhan portal Sarawak Report bahawa Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terlibat dalam penerokaan minyak di Oman seperti yang disiarkan dalam beritanya bertajuk “Taib’s Secret Interest in Sarawak’s Petros Venture” pada 20 Julai lepas.

Berkenaan dengan kandungan artikel itu, menurut Pejabat Ketua Menteri menjelaskan bahawa PETROS dan penyelia bersama industri minyak dan gas di Sarawak tidak terlibat dalam penerokaan minyak di Oman seperti yang didakwa penulis artikel itu. 

"PETROS syarikat minyak milik Kerajaan negeri Sarawak dan penyelia bersama industri minyak dan gas di Sarawak tidak terlibat dalam penerokaan minyak di Oman.

"Walaupun ada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandangani sebelum ini, tetapi ia digugurkan dan ia hanya persefahaman untuk PETROS membantu jika ada syarikat dari Oman yang berminat melabur di Sarawak," katanya.

Artikel itu, katanya hanya spekulasi dalam usaha memburukkan imej PETROS untuk sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui Sarawak Report. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.