Header Ads

Header ADS

Ahli Parlimen Mas Gading Dapat Kritikan Selepas Gagal Pertahankan Hak Sarawak Di Dewan Rakyat


KUCHING - Ramai netizen khususnya rakyat Sarawak menyelar Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol (PH-DAP) yang gagal menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjung Manis dalam mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak khususnya berkaitan royalti 20 peratus minyak biarpun pada awal perbahasannya bermula baik.

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab (GPS-PBB) bertanyakan soalan dengan meminta komen daripada Mordi berhubung dengan royalti minyak 20 peratus dari keuntungan dan bukannya daripada pengeluaran. 

"Dalam banyak-banyak ucapan daripada perbahasan Mas Gading, Mas gading tiada menyebut pasal royalti yang baru diuar-uarkan 20 peratus daripada keuntungan.

"Kalau Mas Gading prihatin dengan nasib negeri Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain yang ada minyak, apakah komen Mas Gading dengan komen 20 peratus untuk keuntungan dan bukannya 20 peratus royalti?," katanya ketika mengajukan persoalan kepada Ahli Parlimen Mas Gading. 


Speaker Dewan Rakyat telah bertanyakan kepada Ahli Parlimen Mas Gading sama ada hendak menjawab pertanyaa Ahli Parlimen Tanjung Manis atau sebaliknya.

Selepas beberapa saat menunggu, tiada sebarang respon daripada Ahli Parlimen Mas Gading berhubung dengan pertanyaan Speaker Dewan Rakyat bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Tanjung Manis.

Situasi itu telah mengundang gelak tawar daripada ahli-ahli Parlimen lain di Dewan Rakyat. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.