Header Ads

Header ADS

S4S Wujud Pasukan Perundungan Adakan Kerjasama Dengan Pasukan Peguam Negeri Sarawak Tegakkan Perjanjian Malaysia 1963


KUCHING: Pergerakan Sarawak for Sarawakians (S4S) mewujudkan pasukan perundangan untuk terus menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta mengembalikan hak dan kuasa minyak ke negeri ini.

Ahli jawatankuasa protem pasukan perundangan itu, Dominique Ng berkata, mereka juga sedia bekerjasama dengan pasukan peguam negeri dalam perkara-perkara berkaitan.

“Kita akan meneliti dokumen berkaitan dengan MA63, laporan antara kerajaan, dan dokumen berkaitan lain berhubung penubuhan Malaysia pada 1963. “Pasukan perundangan ini akan mempertahan serta mengembalikan hak-hak kita,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ng berkata, dalam prosiding kes Petronas terhadap Sarawak baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan sebarang keputusan.

“Jika tiada keputusan dalam perkara ini, minyak di negeri ini akan terus diambil Petronas.


“Duduk berdiam diri bukan perkara patut dilakukan sementara orang lain merampas sumber asli (minyak) kita,” katanya.

Menurut Ng, hasil minyak dari Sarawak yang diraih Petronas mencecah RM45 bilion, manakala gas (RM65 bilion) dalam tahun sama.


“Sudah tiba masa untuk ia dihentikan agar Sarawak memiliki semua hasil minyak dan gas, dan kini giliran Sarawak pula memberi kerajaan persekutuan lima peratus (hasil minyak),” katanya.

Ng berkata, Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 diwujudkan pada 1958, iaitu sebelum MA63 serta sebelum pembentukan Malaysia, bagi membantu Sarawak dalam mendapat hak minyak.

Artikel 73(3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa mana-mana undang-undang yang diwujudkan sebelum MA63 secara automatik menjadi undang-undang kerajaan persekutuan.

Beliau menambah, pasukan perundangan itu juga akan menarik penyertaan peguam-peguam lain di Sarawak termasuk ahli politik, Voon Lee Shan. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.