Header Ads

Header ADS

SUPP Masih Tunggu Maklumat Lanjut Berhubung Akaun Parti Dibekukan SPRM


KUCHING - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) masih menunggu pemakluman lanjut berkenaan akaun parti itu yang dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata setakat ini, parti tersebut hanya dimaklumkan akaun itu telah dibekukan oleh SPRM.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek bantuan kewangan kepada 32 persatuan dari sekitar Kuching di sini, semalam.

Terdahulu, Dr Sim dalam satu kenyataan mengesahkan akaun bank parti tersebut telah dibekukan selama tiga bulan bagi siasatan SPRM. - Bernama

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.