Header Ads

Header ADS

Ramah Tamah Gawai Raya Pereratkan Lagi Hubungan Warga Jabatan Yang Pelbagai Kaum


KUCHING - Menggabungkan Ramah Tamah Aidilfitri dan Gawai Dayak dalam satu majlis dapat mempereratkan lagi hubungan warga jabatan yang berbilang kaum tanpa mengira agama dan bangsa.

Pengarah Jabatan Kastam Sarawak Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, setiap di kalangan pegawai dan anggota supaya sentiasa menjaga serta mempertingkatkan hubungan baik yang sedia ada.

"Majlis sebegini (Ramah Tamah Gawai Dayak dan Aidilfitri) ini diadakan sebagai tanda permaufakatan warga kerja Jabatan Kastam yang berbilang kaum dan agama ini.

"Semua ini diadakan bagi memastikan ikatan dan semangat perpaduan sentiasa terpelihara dengan baik antara warga jabatan tanpa mengira kaum dan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Tamah Gawai Raya yang diadakan di sini, semalam.

Katanya lagi, semangat kerjasama, tolong-menolong serta nasihat menasihati dalam urusan kerja perlu juga dijaga.

Ini tegasnya akan dapat membantu dalam proses percambahan dan perkembangan minda warga kerja jabatan ini.

Pada majlis itu, turut sama hadir Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah. 

Majlis turut dimeriahkan dengan pertandingan gerai terbaik yang disertai lapan gerai masing-masing mewakili bahagian termasuk Koperasi Kastam dan gabungan stesen-stesen serta enam persembahan oleh setiap bahagian dalam jabatan. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.