Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Sarawak Lancar Tabung Bantuan Mangsa Kebakaran SK Batu Bungan Mulu


KUCHING - Berita mengenai seorang guru mati rentung dalam kebakaran kuarters kediaman guru Sekolah Kebangsaan Batu Bungan, Mulu pagi Rabu mendapat simpati daripada Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Simpati dengan insiden yang turut membabitkan dua lagi guru mengalami kecederaan, beliau mengumumkan Kerajaan Negeri katanya menubuhkan tabung bantuan dengan dana RM50,000.

“Saya juga bersimpati dengan apa yang berlaku di mana seorang guru terkorban dan dua lagi guru cedera,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sarawak di Betong, hari ini.

Dalam insiden kira-kira pada pukul 5 pagi, Catherine Janet Tiwi dijumpai rentung, manakala Syuhadah dan Siti Masrina melecur.


Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon ketika berucap pada majlis sama tidak dapat menahan sebak kerana kehilangan seorang guru. 

Beliau yang ternyata sebak, meminta hadirin pada majlis itu bertafakur seketika bagi menghormati pemergian mendiang.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.