Header Ads

Header ADS

Waran Tangkap Ke Atas Ting Pek Khiing Atas Kebankrapan


KUALA LUMPUR - Pemaju hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing mengesahkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor akhbar The Borneo Post.

"Ya, polis akan tangkap saya," katanya, sambil menambah bahawa beliau akan mengadakan satu sidang akhbar hari ini.

The Edge Financial Daily pula melaporkan bahawa waran tangkap ke atas Ting itu susulan kegagalannya hadir di mahkamah untuk perbicaraan siasatan awam semalam.

Mahkamah mengarahkan Ting untuk menghadiri siasatan awam yang mana beliau akan disoal-periksa oleh pemiutang, ketua pengarah insolvensi (DGI) dan pendaftar mahkamah berhubung cadangan projeknya di Langkawi.

"Ting tidak hadir dan mahkamah mengeluarkan waran tangkap untuk memastikan dia hadir di mahkamah pada 29 Jun," kata sumber itu.

Waran tangkap yang dikeluarkan mengikut Seksyen 28 Akta Insolvensi 1967, mengarahkan polis untuk menahan Ting dan membawanya ke mahkamah pada 29 Jun, tambah sumber itu.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap isteri Ting, Wong Sui Chuo pada 18 Mei atas alasan yang sama. Pasangan itu berdepan kes mahkamah berhubung kebankrapan.

Antara pemiutangnya, termasuk Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Investment Bank Bhd, Alliance Merchant Bank Bhd, Insas Credit & Leasing Sdn Bhd, Hu Chang Pee @ Hii Chang Pee, Asia Special Asset Management Bhd, Multi Purpose Bank Bhd dan Interhill Enterprise Sdn Bhd.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.