Header Ads

Header ADS

Peruntukan Pembangunan Ahli Parlimen Berbeza Menunjukkan Kerajaan PH Semakin Matang


MIRI - Pemberian peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen Pembangkang pada kadar RM100,000 setahun berbanding Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin matang.
Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, biarpun jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan PH tidak sama seperti mana zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu, tetapi Ahli Parlimen Pembangkang komited untuk membelanjakan peruntukan tersebut untuk rakyat.
"Saya melihat senario ini adalah suatu politik yang semakin matang.
"Walaupun peruntukan ini tidaklah sama seperti peruntukan yang diperolehi oleh pemimpin kerajaan lepas (BN), tetapi saya komited untuk membelanjakan wang pembangunan tersebut untuk rakyat di kawasan Parlimen Sibuti," katanya di media sosial facebook di sini, pagi tadi.
Sambil menambah peruntukan yang diberikan ini tidak mencukupi, tetapi akan menggunakan sebaiknya bagi keperluan rakyat yang memerlukan.
Dalam pada itu, Lukanisman turut bersedia untuk mengistiharkan harta sebagai intergriti sebagai Ahli Parlimen.
"Dalam memastikan peruntukan ini digunakan dengan sebaiknya untuk rakyat, segala perbelanjaan akan diaudit dan dilaporkan pada akhir perbelanjaan.
"Malah, saya juga bersedia untuk mengistiharkan harta sebagai Ahli Parlimen," ujarnya lagi.
Lukanisman turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas pemberian peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Ahli Parlimen Pembangkang berbanding Ahli Parlimen PH yang mendapat RM500,000 untuk pembangunan dan RM200,000 lagi untuk pusat khidmat.
Inilah negara Malaysia, agar terus makmur dan sejahtera.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.