Tun Mahathir Terima Kunjungan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden memuatkan gambarnya bersama Perdana Menteri itu dalam laman sosial Twitter dan Facebook pagi tadi.
“Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” katanya dalam mesej bersama gambar berkenaan.
Ahmad Zahid merupakan pemimpin pembangkang kedua di Semenanjung yang bertemu Dr Mahathir selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini. - UTUSAN ONLINE
No comments