Header Ads

Header ADS

Tindakan Ahli Parlimen PH Sarawak Berdiam Diri Isu Petronas Jaga Peluang Pelantikan Menteri Dalam Kabinet Pusat


KUCHING - Pengerusi Pemuda SUPP Pusat Michael Tiang menyifatkan tindakan Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) Sarawak berdiam diri berhubung isu Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 adalah kerana mereka menjaga peluang mereka untuk pelantikan menteri dalam kabinet pusat. 
Oleh itu, katanya mereka sanggup mengetepikan untuk memperjuang hak dan kepentingan Sarawak. 
“Dari siaran media, kita dapat melihat bahawa tidak ada usaha atau perancangan yang dibuat oleh kepimpinan PH Sarawak untuk menghentikan hak Sarawak yang dicabar dan semakin terhakis,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam. 
Michael menambah, semua Ahli Parlimen dari PH Sarawak adalah satu-satunya wakil Sarawak dalam kerajaan persekutuan dan oleh sebab itu, rakyat amat memerlukan mereka bersuara kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak ada perlanggaran terhadap hak Sarawak yang dijamin di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 
“PDA dan Akta Wilayah Laut (TSA) 2012 tidak dapat menggantikan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan. 
“Undang-undang tidak berperlembagaan ini perlu disemak dengan serta-merta! Petronas mesti menghormati kedaulatan Sarawak dan ia hendaklah mematuhi Ordinan Perlombongan Minyak 1958 untuk semua aktiviti perlombongan minyak mereka di Sarawak,” tegasnya. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.