Header Ads

Header ADS

Ketua Menteri Hadiri Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Bersama Agensi Islam


KUCHING - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluangkan masa menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Bersama Agensi Islam di negeri ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Hikmah di sini kelmarin, dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh kakitangan agensi-agensi Islam terbabit.

Abang Johari dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha turut membaca ayat suci al-Quran sebelum berbuka puasa bersama agensi-agensi Islam, tetamu kenamaan serta jemputan yang lain.

Majlis itu kemudiannya disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih yang juga dihadiri Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

Pada majlis tersebut, Abang Johari menyampaikan geran sumbangan MIS berjumlah RM252,000 kepada 35 cawangan untuk Urus Setia Saudara Kita seluruh Sarawak.

Selain itu, beliau turut memberikan sumbangan wang tunai kepada 25 pelajar Kelas Saudara Kita Bahagian Kuching dan Samarahan, 47 Saudara Kita Miskin Bahagian Kuching dan Samarahan, 13 anak-anak Laman Kasih Kuching serta penghuni Baytul Hidayah Kuching dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM17,200.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.