Header Ads

Header ADS

SUPP Lancar Tandatangan Rakyat Sarawak Tanda Sokongan Kepada Kerajaan Negeri Sarawak


KUCHING - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah melancarkan ruangan bagi membolehkan rakyat Sarawak menandatangani petisyen sebagai tanda sokongan kepada Kerajaan Negeri Sarawak susulan tindakan Petronas memfailkan permohonan mahkamah mengenai Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 di sini, semalam.

Majlis pelancaran ruangan www.change.org/p/protect-sarawak-oil-gas-rights (http://www.change.org/p/protect- sarawak-oil-gas-rights) telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting di Ibu Pejabat SUPP.

Menurut Sebatian Ting, syarikat minyak nasional itu telah mengaut sumber Sarawak tanpa memberi banyak manfaat kepada negeri ini.

“Saya percaya tindakan Petronas itu agar mahkamah mengisytiharkan hak eksklusif terhadap minyak dan gas di Sarawak adalah untuk mengetepikan usaha Sarawak dalam mengawal sumber itu bermula 1 Julai,” katanya. 
Jelas Sebastian lagi, Sarawak merupakan negeri kaya dengan sumber semula jadi tetapi miskin disebabkan tidak menerima agihan hasil yang berpatutan sejak sekian lama.
Sudah tiba masanya warga Sarawak menghentikan Petronas daripada terus menerus mengambil minyak dan gas selepas 44 tahun berbuat demikian. 
“SUPP berjanji akan berjuang menuntut semula hak dan pemilikan minyak dan gas.

“Kami menyeru semua warga Sarawak agar menyertai perjuangan mempertahankan pemilikan minyak dan gas,” katanya. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.