Header Ads

Header ADS

Sempena Aidilfitri Perkhidmatan Feri Di Muara Lassa, Batang Paloh Dan Batang Igan Dipanjangkan Sehingga 20 Jam


MUKAH - Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, perkhidmatan pengangkutan feri di tiga kawasan dipanjangkan sehingga 20 jam. 
ADUN Daro, Safiee Ahmad berkata perkhidmatan itu bermula pada 13 hingga 22 Jun ini mula beroperasi jam 5 pagi dan berakhir 1 pagi hari berikutnya. 
“Kita dimaklumkan ketiga-tiga perkhidmatan feri beroperasi selama 20 jam bermula 13 hingga 22 Jun,” katanya di sini semalam. 
Perkhidmatan feri itu adalah feri Muara Lassa, Batang Paloh dan Batang Igan. 
Semua perkhidmatan feri juga menggunakan kedua-dua feri. 
Perkara itu menurutnya bakal membantu kelancaran para penduduk untuk balik ke kampung halaman serta berulang-alik ke kawasan dimaksudkan. 
Setiap kali musim perayaan terutamanya Hari Raya, terdapat barisan panjang bagi penduduk menyeberangi ketiga-tiga sungai dimaksudkan sehingga ada yang teepaksa menunggu operasi feri pada hari berikutnya. 
Ini bermakna ada diantara mereka yang terkandas dan terpaksa bermalam di dalam kenderaan kerana tidak dapat menyeberangi sungai dengan feri. 
“Kita sudah maklum akan masalah seperti ini setiap musim perayaan, sebab itu persediaan telah dilakukan,” jelas Safiee lagi.

Beliau pada masa sama berpesan kepada semua pengguna untuk sentiasa bersabar dan tidak bertindak luar batas ketika menggunakan perkhidmatan feri. 

“Utamakan keselamatan diri dan orang lain, sentiasa bersabar dan berhati-hati ketika mengggunakan perkhidmatan feri,” katanya. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.