Header Ads

Header ADS

SEBERKAS Samariang Raikan 50 Anak-Anak Yatim Membeli Keperluan Aidilfitri


KUCHING - Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Samariang telah menceriakan kira-kira 50 anak-anak yatim dan kurang berkemampuan di kawasan Samariang dengan menyalurkan bantuan berbentuk pakaian Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Kanak-kanak tersebut berpeluang memilih pakaian mereka sendiri apabila dibawa ke pusat membeli-belah di pusat membeli-belah Boulevard Mall melalui Program Cahaya Aidilfitri bersama SABERKAS Cawangan Samariang.

Menurut Timbalan Pengerusi SABERKAS Samariang Sulhie Salleh, program yang julung-julung kali diadakan oleh SABERKAS Samariang itu bertujuan untuk memberi keriangan buat semua anak yatim itu.

"Rasanya tidak salah kita beri peluang mereka merasai pengalaman memilih baju raya bersama rakan-rakan dan saya berharap dengan sumbangan sebegini dapat menggembirakan mereka untuk menyambut perayaan pada kali ini," katanya. 

Sulhie juga menyatakan sebanyak RM150 diperuntukkan untuk setiap kanak-kanak dan belia yang berumur di antara 6 tahun sehingga 15 tahun untuk membeli baju raya mereka.

“Tanpa kita sedari, inilah yang menjadi suasana kegemaran kita sewaktu masih kanak-kanak, jadi kita berikan nikmat itu kepada mereka agar mereka dapat merasai dan menghargai kenangan itu satu hari nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Sulhie juga menyatakan program ini turut membabitkan penyertaan seramai 30 sukarelawan daripada SABERKAS Samariang yang turun padang membantu anak-anak terpilih itu membuat persiapan pakaian hari raya mereka menerusi aktiviti yang dirancang.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.