Header Ads

Header ADS

S4S Desak BN Sarawak Tidak Sertai Pakatan Harapan


KUCHING - Satu perhimpunan aman telah diadakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Sarawak for Sarawak (S4S) di Tebingan Kuching pagi ini bagi mendesak Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya menubuhkan kerajaan sendiri demi kebaikan negeri ini.

Dianggarkan kira-kira 40 orang ahli dan penyokong S4S meminta Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Openg untuk berdiri sendiri tanpa perlu terikat dengan parti dari Semenanjung Malaysia sama ada BN atau PH.

Menurut jurucakap S4S KC Tan, BN Sarawak perlu membuat keputusan tepat bagi kepentingan rakyat Sarawak khususnya mendapatkan kembali hak dan kepentingan yang terhakis sama ada sengaja atau tidak sengaja dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"BN Sarawak yang diterajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) wajar membuat pilihan tepat dalam memperjuang dan mengembalikan hak-hak Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 agar ianya dapat dicapai.


"Kami rakyat Sarawak akan menyokong Kerajaan Negeri Sarawak sekiranya keputusan yang diambil itu memihak kepada negeri ini," katanya.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.