Header Ads

Header ADS

Anak Sarawak Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


KUALA LUMPUR - Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Mohammad Hamdan Wahid dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) baharu, berkuat kuasa Isnin depan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Dr. Ali Hamsa berkata surat perlantikan kepada Muhammad Hamdan telah diserahkan hari ini.

"Saya telah menyampaikan surat pelantikan kepada Tuan Mohammad Hamdan Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang baharu. Beliau akan memulakan tugas secara rasmi mulai 11 Jun. Selamat maju jaya. @bombaJBPM! #MalaysiaBaharu," catatnya menerusi laman Twitter beliau.

Pelantikan Mohammad Hamdan adalah bagi menggantikan Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim yang bersara wajib pada 2 Mei lepas.


Antara jawatan yang pernah disandang Mohammad Hamdan ialah Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan serta Penolong Ketua Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan JBPM. - Bernama

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.