Header Ads

Header ADS

Royalti 20 Peratus Minyak Ambil Lebih Banyak Masa - Chong


KUCHING - Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan mengotakan janji untuk memberi 20 peratus royalti minyak kepada negeri ini tetapi mungkin mengambil lebih banyak masa disebabkan permohonan mahkamah yang difailkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) baru-baru ini.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata rundingan mengenai kenaikan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus itu hanya sesuai diadakan selepas keputusan mahkamah mengenai kes itu.

Minggu lalu, Petronas memfailkan permohonan mahkamah, memohon pengisytiharan daripada Mahkamah Persekutuan bahawa pengeluar minyak negara itu sebagai pemilik eksklusif sumber petroleum dan pengawal selia untuk aktiviti huluan di negara ini.

“Kami perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu untuk memutuskan langkah seterusnya. Buat masa sekarang, kami tidak boleh terus meningkatkan royalti minyak kerana perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam kabinet.

“Tambahan lagi, kabinet masih belum terbentuk sepenuhnya,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP di sini, semalam.

Chong yang juga merupakan pengerusi DAP Sarawak merangkap Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa, yakin PH Sarawak akan mengekalkan janji-janji yang disenaraikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.