Header Ads

Header ADS

RM500,000 Kepada Ahli Parlimen Kerajaan Pakatan Harapan RM100,000 Kepada Ahli Parlimen Pembangkang


PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memperuntukkan kewangan berjumlah RM500,000 kepada Ahli Parlimen yang terdiri daripada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) manakala Ahli Parlimen pembangkang hanya mendapat RM100,000 sahaja. 

Menurut Perdana Menteri Tun Mahathir, jumlah peruntukan ini tidak sama dengan Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang dan ini telah dipersetujui kabinet yang bermesyuarat hari ini di mana peruntukan ini akan disalurkan kepada semua Ahli Parlimen sebelum Aidilfitri ini.

"Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka (Ahli Parlimen Pembangkang) tapi kurang sikitlah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra hari ini.

Sementara itu, Tun Mahathir turut mengumumkan pemberian insentif raya buat peneroka Felda yang membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta dan RM44 juta buat peneroka Felcra.

"Bayaran insentif khas kepada peneroka Felda sebanyak RM450 yang akan diberikan kepada semua peneroka," katanya.

Turut dibayar RM100 kepada bukan ahli Felda dan Felcra.

Jelas Tun Mahathir lagi, bayaran insentif itu akan disemak semula pada tahun hadapan. 

Ini bagi memastikan penerima Bantuan Sara Hidup yang akan menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan datang tidak lagi menerima insentif ini. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.