Header Ads

Header ADS

Penjawat Awam Negeri Sarawak Terima RM500 Bantuan Khas Kewangan


KUCHING - Penjawat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 bersempena Aidilfitri ini.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan akhbar bayaran bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada 13 Jun ini.

"Bayaran khas ini akan diberikan kepada semua penjawat awam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang masih berkhidmat pada atau sebelum 5 Jun 2018.

"Bantuan khas ini turut merangkumi Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan sempena dengan musim perayaan bulan ini," katanya. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.