Header Ads

Header ADS

DUN Lambir Dan Bekenu Akan Hadapi 'Perang Besar' Dalam PRN Sarawak Akan Datang


MIRI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir dan Bekenu dijangka akan menghadapi 'perang besar' dalam usaha mempertahankan kedua-dua kerusi yang menjadi kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke 12 yang dijangka diadakan pada 2021.
Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata calon-calon BN ketika ini akan menghadapi persaingan dan tentangan hebat daripada parti lawan yang sedaya upaya mahu merampas kedua-dua kerusi itu daripada PBB.
"Kita sekarang akan menghadapi 'perang besar'. Rosey dan Ripin akan berhadapan dengan satu kempen yang sangat besar. Selaku Ahli Parlimen, saya akan cuba membantu dan menyeru agar kita lupakan permasalahan dan bersatu demi memastikan rakyat terus bersama PBB," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Asprsiasi Jentera PRU14 Parlimen Sibuti di sini, semalam.
Ketika ini DUN Lambir diwakili Ripin Lamat manakala DUN Bekenu diwakili Rosey Yunus.
Sehubungan itu, ahli-ahli parti diminta mempersiapkan diri dan mental mereka dalam memperkuatkan PBB dalam berdepan dengan cabaran PRN12 akan datang.
Dalam memastikan sokongan dan kerjasama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) masih diperlukan dalam memperkuatkan jentera kempen.
"Ketika ini bermacam khabar angin kita dengar. Kita hanya menunggu (keputusan) daripada pemimpin tertinggi parti (Pengerusi BN Sarawak). Kita mesti yakin. Jangan panik.
“Apa yang saya risau adalah orang kita panik. Kita (PBB) sudah 54 tahun bersama BN. Tetapi, bila kerajaan bertukar dipimpin Pakatan Harapan (PH), mereka mendapat pelbagai pujian, seolah-olah kita (BN) tidak pernah berjasa,” ujar beliau lagi.
Lukanisman turut meminta Pergerakan Pemuda dan Wanita PBB merekrut lebih ramai ahli serta menambah pengundi Bumiputera sebagai memperkasa parti pada PRN akan datang. 
Berdasarkan kepada pengalaman sebagai Pegawai JASA dan penganalisis keputusan politik, beliau percaya PBB masih mampu mempertahan negeri ini dengan syarat adanya sokongan kuat daripada rakyat kepada pemimpin. 
Dalam majlis itu, Lukanisman berterima kasih kepada parti di atas sokongan yang diberikan selama ini dan akan memastikan pembangunan dijanjikan dalam kempen PRU14 akan direalisasikan termasuk membentuk pasukan Sibuti, Bekenu dan Lambir yang kuat. 

“Kita mesti pergi ke hadapan. Saya mengucapkan terima kasih kerana berjaya memastikan Parlimen Sibuti kekal di bawah PBB. Berterima kasih kerana dapat mengekalkan majoriti baik bila kali pertama bertanding,” katanya. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.