Header Ads

Header ADS

Kek Lapis Sarawak Mira Cake House Jadi Pilihan Sempena Aidilfitri Ini


KUCHING - Kek Lapis Sarawak, Mira Cake House (MCH) menjadi pilihan ramai masyarakat tempatan mahupun dari Semenanjung untuk dibawa pulang sebagai buah tangan atau juadah terutama pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Tinjauan Utusan Malaysia di MCH Cawangan Kampung Boyan di sini mendapati orang ramai sudah mula membeli kek lapis basah itu yang pelbagai jenis memastikan pilihan mereka masih ada.

Menurut Pengurus MCH Cawangan Kampung Boyan, Hairoll Musa berkata, pihaknya di sini akan melanjutkan masa perniagaan bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam malah ke pukul 1 pagi bagi memenuhi permintaan pelanggan termasuk pada malam raya.

“Kita mempunyai sekitar 200 jenis Kek Lapis Sarawak dengan pelbagai rasa disamping biskut raya, kerepek, serunding halia, kek tradisional Sarawak seperti Jaon dan Gigit Manis.

“Pembeli juga tidak perlu bimbang kerana harga yang dijual masih sama seperti dulu bermula RM10 hingga RM30 manakala bagi satu acuan dijual dari RM50 hingga RM100 bergantung kepada jenisnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua kek MCH dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi mengekalkan rasa dan keenakan setiap kek yang dihasilkan.

“Bagi pembelian atas talian kami menerusi laman web miracakehouse.com dan laman Facebook Mira Cake House pula telah ditutup pada 4 Jun lalu.

“Mereka yang berminat boleh terus pergi ke MCH Cawangan Boyan di sini atau menghubungi di talian 082-440077 dan keenam lagi cawangan termasuk di Jalan Enggang, Datuk Keramat, Kuala Lumpur dengan menghubungi Cik Idayu (012-8541004),” jelasnya.

Sementara itu, bagi seorang kakitangan kerajaan, Mohd. Afiq Mohd. Atan, 30, yang berbelanja sekitar RM345 berkata, dia memilih kek lapis MCH kerana rasanya yang tidak kering dan sedap terutama menjadi pilihannya iaitu ‘Sisik Ikan’.

“Sebanyak 20 potong dan dua acuan Kek Lapis Sarawak dibeli untuk dibawa balik ke kampung di Batu Pahat, Johor pada Jumaat ini.

“Nampaknya banyak, namun rasanya tidak cukup dan pasti cepat habis nanti, ujarnya.


Bagi seorang pelanggan, Muhammad Khairuddin Abu Salam, 25, memberitahu, kek lapis itu merupakan hidangan wajib pada Hari Raya dan mudah untuk kami mendapatkannya apabila tidak sempat membuat sendiri. - UTUSAN ONLINE

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.