Header Ads

Header ADS

Penganjuran Sambutan Perarakan Gawai Dayak 2018 Bukan Bermotifkan Politik


KUCHING - Tular di media sosial kononnya penganjuran Perarakan Gawai Dayak 2018 yang akan diadakan pada 22 Jun ini (Jumaat) adalah bermotifkan politik.
Dakwaan ini disangkal Pengerusi Pengelola Jawantankuasa Induk Sambutan Gawai Dayak 2018 Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata program yang dianjurkan tidak ada kaitan dengan doktrin politik. 
“Ini adalah untuk meraikan Gawai bagi semua Dayak sebagai satu komuniti dan tiada kaitan dengan doktrin politik. 
“Kami menjemput semua wakil rakyat Dayak tanpa mengira perikatan politik mereka untuk mengambil bahagian,” katanya kepada media di sini, semalam. 
Terdahulu, ada pihak tertentu yang sengaja membangkitkan kemarahan rakyat bahawa sambutan perarakan Gawai Dayak 2018 yang dianjurkan Kerajaan Negeri Sarawak ini bermotifkan politik untuk kepentingan GPS (Gabungan Parti Sarawak) adalah diharapkan semua Dayak tidak ikut serta dalam perarakan itu nanti sehingga tular di media sosial.
Sebaliknya, tegas Dr. Rundi platform ini adalah sebahagian daripada program cintakan keamanan dan mengenali budaya kaum di Sarawak.
“Tolonglah untuk kali ini, jangan mengheret segalanya ke dalam politik.
“Sekurang-kurangnya, nikmatilah ketenangan fikiran sebagai masyarakat yang cintakan keamanan,” tegasnya. 
Dalam sambutan Gawai Dayak 2018 ini, Kerajaan Negeri Sarawak telah menumpukan tiga program utama sepanjang 22 Mei hingga 23 Jun 2018. 
Antara lain, penganjuran Bazar Gawai Dayak yang diadakan di tiga bahagian iaitu Kuching, Sibu dan Bintulu. 

Selain itu, Perarakan Gawai Dayak atau ‘Niti Daun’ akan diadakan di Tebingan Kuching pada 22 Jun dan acara kemuncak, Majlis Makan Malam Gawai Dayak 23 Jun di Pusat Konvensyen Penview (PCC). 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.