Header Ads

Header ADS

Parti Mana Yang Tidak Setuju Sertai GPS?


KUCHING - Bukan semua 4 parti Sarawak yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini bersetuju untuk membentuk satu gabungan, dan sekurang-kurangnya 1 parti tidak gembira dengan pengumuman oleh Ketua Menteri Datuk Abang Johari Openg.
Sumber di salah satu parti komponen itu berkata pemimpin partinya mencadangkan percantuman semua parti terlibat menjadi sebuah parti dan bukan rakan-rakan bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Kami mahu PBB, SUPP, PRS dan PDP dibubarkan dan bercantum menjadi 1 parti tetapi cadangan ini ditolak PBB,” kata sumber itu.
Sumber mengatakan partinya tiada pilihan lain kecuali bersetuju dengan penubuhan GPS atas nama solidariti dengan ketiga-tiga parti rakan.
“Memandangkan perkembangan politik semasa, bergerak bersendirian hanya membunuh diri,” kata sumber itu.
Presiden PPB, Abang Johari berkata keputusan meninggalkan BN susulan pertimbangan dan penilaian perkembangan politik semasa selepas pilihan raya umum baru-baru ini.
Abang Johari berkata GPS mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan demi kepentingan negara dan hak negeri.
Selepas pilihan raya 9 Mei lepas, SUPP parti pertama mengisytiharkan ia akan mengkaji semula kedudukan BN, sebelum Abang Johari bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bulan lepas.
Sementara Presiden PRS Dr James Masing pula mengisytiharkan partinya akan bersama BN dan pimpinan PDP enggan mengulas perkara itu.
GPS ditubuhkan ketika keempat-empat parti yang memerintah Sarawak ini cuba mengukuhkan populariti mereka, sebelum pilihan raya negeri yang akan diadakan pada 2021. -Free Malaysia Today

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.