Masing Sambut Baik Usaha Petronas Failkan Permohonan PDA 1974 Di Mahkamah
KUCHING - Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar James Masing menyambut baik usaha Syarikat Petroleum Nasional (Petronas) yang memfailkan permohonan mendapat deklarasi berhubung Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 di Mahkamah Persekutuan semalam.
Ini katanya, akan dapat menyelesaikan kekaburan atau ‘ambiguity’ undang-undang yang berkaitan pemilikan minyak dan gas antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia harus diselesaikan sepenuhnya.
"Sudah tiba masanya untuk (kita) menyelesaikan kekaburan undang-undang berkaitan pemilikan minyak dan gas antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak sekali dan untuk semua.
“Jika ia perlu menyelesaikannya di mahkamah, kita akan lakukannya,” katanya ketika diminta mengulas isu ini.
Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berkata dalam hal ini pembuat undang-undang Sarawak dan rakyat Sarawak membuat pendirian memperjuangkan hak Sarawak dalam isu ini.
"Saya percaya rakyat Sarawak akan bersama Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan hak dan keperluan rakyat di negeri ini dipertahankan," katanya.
No comments