Header Ads

Header ADS

Malaysia Kekal Di Kedudukan Tangga Ke 171 Dunia


KUALA LUMPUR - Malaysia masih gagal keluar daripada kedudukan terburuk dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila kekal di tangga ke-171 dunia.

Pada ketika negara seperti Myanmar, Kemboja dan Singapura mencatat kenaikan, kedudukan skuad Harimau Malaya bagaimanapun tidak berubah ketika ranking terbaharu FIFA diumumkan hari ini.

Itu bermakna, Malaysia menghuni tangga lapan dalam kalangan negara Asia Tenggara untuk berada di belakang Vietnam (102), Filipina (115), Thailand (122), Myanmar (138), Indonesia (164), Kemboja (166) dan Singapura (169).

Hanya tiga negara Asia Tenggara berada di bawah Malaysia iaitu Laos (178), Timor-Leste (190) dan Brunei di tempat ke-195.

Sementara itu, seminggu menjelang Piala Dunia yang akan membuka tirai di Rusia pada 14 Jun ini, Jerman, Brazil, Belgium, Portugal dan Argentina masing-masing mengekalkan kedudukan lima terbaik dunia. - UTUSAN ONLINE

RANKING FIFA
1. Jerman (1)
2. Brazil (2)
3. Belgium (3)
4. Portugal (4)
5. Argentina (5)
6. Switzerland (6)
7. Perancis (7)
8. Poland (10)
9. Chile (9)
10. Sepanyol (8)
==================
ASIA TENGGARA
102. Vietnam (102)
115. Filipina (111)
122. Thailand (122)
138. Myanmar (135)
164. Indonesia (164)
166. Kemboja (170)
169. Singapura (166)
171. MALAYSIA (171)
178. Laos (177)
190. Timor-Leste (190)
195. Brunei (195)

*Ranking lama dalam kurungan

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.