Header Ads

Header ADS

Gadis Melayu Berjaya Dalam Pemilihan Miss Universe New Zealand


KUALA LUMPUR – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Itulah tuah yang diterima gadis kelahiran Ampang, Nurul Shamsul, 20 tahun, apabila terpilih menjadi finalis dalam pemilihan Miss Universe New Zealand, tahun ini.

Sudahlah dia merupakan seorang wanita yang berhijab malah dia juga merupakan seorang anak Melayu (bapa) kacukan Indonesia (ibu) dan lahir di Malaysia.

Pemilihan dirinya dalam sebuah program bertaraf antarabangsa itu adalah sesuatu yang cukup luar biasa.

Ujar Nurul dalam satu perkongsiannya, dia telah menerima pencalonan sebagai finalis program tersebut sebulan lalu dan perasaan yang dialaminya itu, tidak akan dapat dilupakan.

“Saya masih teringat akan perasaan sebelum dan selepas mendengar pengumuman tersebut.

“Saya berdoa jika ini adalah peluang yang baik untuk saya dan agama (Islam), saya mahu Tuhan (Allah) membiarkan sahaja ia berlaku,” katanya menerusi laman Instagram miliknya.

Katanya lagi, menjelang beberapa minggu sebelum perjalanan ke arah program itu bermula, segala perkara yang berlaku adalah tidak mudah.

“Namun saya telah membesar sebagai seorang manusia dan saya tidak akan sesekali berputus asa.

“Ia juga adalah berkenaan dengan mempercayai semuanya baik-baik sahaja kerana Dia (Allah) lebih mengetahui segalanya,” katanya.

Nurul yang merupakan penuntut di University of Waikato kini berada di Bangkok, Thailand bagi mengikuti program Miss Universe New Zealand tersebut. – UTUSAN ONLINE

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.