Header Ads

Header ADS

Ketinggian Laluan Bawah Tanah Bulatan Petra Jaya Menimbulkan Persoalan


KUCHING - Laluan bawah tanah yang baru siap di persimpangan Datuk Temenggong Abang Kipali bin Abang Akip antara Matang dan Petra Jaya yang terhad kepada kenderaan dengan ketinggian 2.2 meter ke bawah menimbulkan persoalan. 
Projek bernilai RM67 juta yang merangkumi menaiktaraf bulatan kepada laluan bawah tanah bertingkat telah dibuka kepada umum pada Khamis lepas iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. 
Bagaimanapun, keceriaan bertukar hampa untuk beberapa pengguna jalan raya kerana had pelepasan untuk laluan itu dikatakan rendah apabila kenderaan dengan ketinggian lebih 2.2 meter tidak dapat melaluinya. 
Sebelum laluan bawah tanah itu, terdapat tanda jalan yang menyatakan had ketinggian dan menasihatkan kenderaan berat untuk menggunakan laluan bulatan. 
Berdasarkan laporan media sebelum ini, laluan bawah tanah itu merupakan komponen projek persimpangan untuk mengurangkan kesesakan trafik di Petra Jaya, khususnya aliran trafik menuju dan dari Matang. 
Pengguna jalan raya yang kecewa dengan pelepasan rendah tersebut turut menyuarakan keluhan di media sosial sejak semalam. 
Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut memberitahu, beliau juga tidak mengetahui kenapa had pelepasan ditetapkan pada 2.2 meter. 
"Saya telah memajukan perkara tersebut kepada JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk mendapatkan pengesahan. Saya tidak tahu kenapa, tetapi mungkin ada sebab seperti untuk mengelakkan beban lampau dan sebagainya," kata Ahli Parlimen Petra Jaya. 
Berdasarkan laporan media lalu, projek itu bermula dua tahun lepas dan dibina atas kontrak Reka dan Bina.
Menurut Fadillah yang dipetik sebagai berkata, kajian menyatakan laluan bawah tanah lebih sesuai untuk kawasan itu berbanding jejambat. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.