Header Ads

Header ADS

Cristiano Ronaldo Jaring Hatrik Pertama Piala Dunia 2018 Selamatkan Portugal


SOCHI, RUSSIA - Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik dramatik ketika menentang Sepanyol untuk membolehkan Portugal berkongsi mata selepas terikat 3-3 pada  perlawanan pertama kumpulan B, Piala Dunia yang berlangsung di Sochi, sebentar tadi. 
Penyerang Real Madrid ini membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi sepakan penalti dan meledak gol kedua di awal babak kedua perlawanan.
Kapten Portugal ini sekai lagi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-88, sekaligus menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-3. 
Dalam perlawanan yang menjadi tumpuan itu, Diego Costa memadamkan jaringan awal Ronaldo menerusi gol penyamaan untuk Sepanyol pada minit ke-24. 
Penyerang Altetico Madrid ini sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-55. Sebelum itu, Ronaldo menjadikan kedudukan 2-1 apabila melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gawang Manchester United De Gea. 
Tiga minit kemudian, Nacho memberikan Sepanyol kelebihan menerusi gol ketiga sekaligus memberi tekanan kepada juara Piala Eropah untuk bangkit.
Namun, Ronaldo membuktikan dia adalah pakar sepakan percuma apabila bijak melencongkan bola ke penjuru kiri gawang Sepanyol untuk menyamakan kedudukan. AFP / Reuters 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.