Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Sarawak Masih Belum Menerima Usul Daripada Petronas


KUCHING - Susulan daripada tindakan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) semalam, Pejabat Ketua Peguam Negeri telah menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak telah disebut dalam tindakan undang-undang.

Menteri Muda UndangUndang, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, permohonan itu telah difailkan Petronas terhadap Kerajaan Sarawak dalam kes Petroliam Nasional Berhad lawan Kerajaan Sarawak.

“Permohonan untuk ‘leave’ yang dibuat di bawah Artikel 4(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana kes itu akan didengar pada Selasa nanti, 12 Jun di Putrajaya.

“Buat masa sekarang, kerajaan negeri masih belum lagi menerima usul yang difailkan oleh Petronas berkaitan permohonan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Hasidah menegaskan, dalam hal ini Kerajaan Sarawak akan berusaha sedaya upaya dalam bidang kuasanya, selari dengan kedaulatan undang-undang demi mempertahankan hak Sarawak dalam perkara ini.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.