Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Sarawak Kecewa Prosiding Petronas Ke Atasnya Ditunda Kepada 21 Jun 2018


KUCHING - Mahkamah Persekutuan hari ini memaklumkan pendengaran permohonan Petronas untuk memulakan prodising terhadap Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Artikel 128 (1) Perlembagaan Persekutuan, ditunda kepada 21 Jun 2018. 
Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan akhbarnya hari ini (semalam) berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Mahkamah Persekutuan kepada pasukan Jabatan Peguam Negara (SAG) Negeri Sarawak melalui panggilan telefon lewat petang tadi (semalam).
Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan permohonan Peguam Negara Persekutuan (FAG) untuk menangguhkan sesi pendengaran bagi membolehkan beliau membuat pertimbangan sama ada Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Pakatan Harapan) patut campur tangan dalam kes ini. 
Adalah mengejutkan apabila Petronas, yang membuat permohonan itu dan memohon pendengaran segera, tidak membantah penangguhan sesi pendengaran kes tersebut. 
"Kerajaan Negeri ingin menyatakan rasa kecewa yang amat dalam atas penangguhan secara tiba-tiba sesi pendengaran kes ini, lebih-lebih lagi apabila Petronas, Dewan FAG dan Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah dimaklumkan oleh pasukan peguam SAG, bahawa Kerajaan Negeri Sarawak membantah permohonan untuk penangguhan prosiding tersebut.
"Penangguhan itu diberikan tanpa memaklumkan kepada pasukan Peguam SAG, yang sudah berada di ibu negara yang bersungguh-sungguh mendengar bantahan Kerajaan Negeri Sarawak. 
"Selain itu, semua afidavit dan penghujuhan untuk sesi pendengaran telah dihantar hari ini (semalam) ke mahkamah sebagai persediaan untuk sesi pendengaran," jelas Pejabat Ketua Menteri. 
Katanya, kini Kerajaan Negeri Sarawak perlu mempertimbangkan semua pilihan lain untuk melindungi dan menguatkuasakan hak-hak perlembagaan negeri dalam hal berkenaan. 
"Kerajaan Negeri Sarawak tidak akan membenarkan Petronas menghina dan mengetepikan hak-hak Sarawak dalam mengawal aktiviti-aktiviti huluan di bawah undang-undang negeri seperti Ordinan Perlombongan Minyak dan Kanun Tanah," katanya lagi. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.