Header Ads

Header ADS

Kerajaan Negeri Sarawak Disyor Failkan Tuntutan Balas Dan Menentang Permohonan Petronas


KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak disyor supaya memfailkan tuntutan balas serta menentang permohonan Petronas di mahkamah berhubung sumber minyak dan gas termasuk di Sarawak di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974. 

Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Lina Soo berkata, antaranya bahawa PDA dan Akta Laut Wilayah (TSA) melanggar perlembagaan kerana mengubah sempadan Sarawak tanpa kebenaran Dewan Undangan Negeri. 

“Selain itu ia termasuk bahawa semua sumber minyak dan gas sebenarnya milik Sarawak serta mengeluarkan perintah agar Petronas menghentikan semua operasi minyak dan gas di darat serta luar pesisir secara serta-merta.

“Sarawak juga menuntut ganti rugi yang akan dinilai bermula dari tarikh Petronas memasuki Sarawak, sehingga tarikh perintah itu dan apa juga pelepasan yang dianggap sewajarnya oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Soo menyeru kepada Kerajaan Sarawak untuk mempertahankan integriti wilayah dan hak Sarawak dan percaya rakyat Sarawak akan memberi sokongan padu kepada Kerajaan Sarawak untuk mempertahankan ibu pertiwi.

“Saya juga menggesa Kerajaan Sarawak mendapatkan khidmat ‘Queen’s Counsel’ yang merupakan pakar dalam undang-undang perlembagaan dan antarabangsa,” katanya. 

Soo berkata beliau percaya pakar undang-undang yang berwibawa dan boleh dipercayai tidak ada di Malaysia untuk mempertahankan hak Sarawak dalam perlembagaan. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.