Header Ads

Header ADS

Tentera Israel Mendakwa Jururawat Palestin Razan al-Najar Ditembak Secara Tidak Sengaja


BAITULMAQDIS - Tentera Israel, semalam berkata siasatan awal mengenai pembunuhan jururawat Palestin ketika bantahan di sempadan Gaza menunjukkan mangsa ditembak secara tidak sengaja.
Pegawai kesihatan Gaza dan saksi berkata, tentera rejim Zionis menembak mati Razan al-Najar, 21, sukarelawan perubatan, ketika beliau berlari ke arah pagar sempadan di bandar Khan Younis dalam usaha menyelamatkan penunjuk perasaan Jumaat lalu.
Tentera rejim berkata, pejuang Palestin menyerang anggotanya di sepanjang sempadan dengan tembakan dan bom tangan.
"Siasatan awal berhubung kejadian itu sebilangan kecil peluru dilepaskan dan tiada tembakan sengaja disasarkan secara terus ke arahnya," menurut sebahagian kenyataan ringkas dikeluarkan tentera Israel.
Siasatan diteruskan, menurut kenyataan, dan hasilnya akan diteliti komander kanan dan diserahkan kepada pendakwa raya tentera untuk pertimbangan.
Ribuan menghadiri majlis pengebumian al-Najr di Gaza Sabtu lalu, termasuk sebahagian yang pernah dirawatnya ketika cedera pada bantahan sebelum itu.
Pasukan perubatan Gaza berkata, tentera Israel membunuh 120 penduduk Palestin ketika bantahan setiap Jumaat dilancarkan pada 30 Mac lalu di Semenanjung Gaza. - Reuters

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.