Header Ads

Header ADS

Dominic Ng Kaji Sama Ada Kerajaan Negeri Sarawak Mempunyai 'Locus Standi' Dalam Kes Petronas


KUCHING - Bekas ADUN Padungan dan peguam terkemuka, Dominique Ng sedang meneliti ‘locus standi’ rakyat Sarawak dalam membawa tuntutan terhadap kerajaan persekutuan dengan harapan dapat memperoleh semula sumber petroleum Sarawak.

“Saya masih mengkaji sama ada kita, orang Sarawak, mempunyai ‘locus standi’ untuk menuntut kerajaan supaya mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dominic berkata, idea ini timbul ekoran tuntutan undang-undang baru-baru ini yang difailkan oleh Petronas terhadap kerajaan Sarawak untuk mendapatkan pengesahan mengenai pemilikan eksklusif petroleum di negara ini termasuk Sarawak.

Secara ringkas, ‘locus standi’ bermaksud hak seseorang untuk berdiri di mahkamah.

Menurutnya, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 adalah tidak sah apabila Ordinan Darurat yang dikuatkuasakan pada tahun 1966, 1969 dan 1970 telah dimansuhkan pada tahun 2011.

Beliau berkata, PDA tidak ada kaitan dengan keselamatan tetapi ia berkaitan dengan ekonomi.

“PDA tidak diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) dan Perlembagaan Persekutuan menyata-kan bahawa apa-apa sumber yang ada di tanah negeri ada-lah milik negeri.

“Maka, kerajaan persekutuan tidak mempunyai hak ke atas tanah kita,” katanya.

Dominic berkata, dokumen yang menjadi lampiran PDA menunjukkan bahawa bekas Ketua Menteri Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub telah memberikan sumber petroleum negeri secara berterusan kepada Petronas.

Beliau berkata, dokumen itu yang menyaksikan tandatangan Tun Abdul Rahman dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Bujang Mohd Nor, telah diedarkan secara meluas di kalangan penduduk Sarawak.

“Bolehkah ketua menteri itu memberikan sumber kita kepada kerajaan persekutuan tanpa persetujuan semua penduduk Sarawak?

“Malah, kami para peguam turut berbincang di kalangan kami sendiri. Jika ketua menteri kita itu memberikan hak petroleum kita kepada kerajaan persekutu-an, adakah rakyat Sarawak mempunyai ‘lokus standi’ untuk menentang kerajaan?” persoal Ng.


Justeru, beliau menegaskan bersedia bersatu dengan rakyat Sarawak untuk memperjuangkan hak dan kepen-tingan Sarawak tetapi perkara pertama yang perlu difikirkan ialah adakah rakyat Sarawak mempunyai ‘locus standi’ untuk berbuat demikian. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.