Header Ads

Header ADS

Banyak Kubur Sudah 'Ditelan' Sungai Saribas


SPAOH - Semakin banyak kubur di Tapak Perkuburan Islam Seruai di sini dikhuatiri ‘ditelan’ Sungai Saribas jika tiada tindakan diambil untuk mengatasi masalah hakisan sungai dan tanah susur.

Tanah perkuburan yang dipercayai berusia ratusan tahun itu merupakan kawasan persemadian masyarakat Islam di Kampung Bungin, Serembang, Mangut dan Tanjung Assam serta beberapa kampung sekitar.

Penduduk memberitahu, masalah itu sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil pihak berkenaan.

Apabila berlaku kematian atau musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, penduduk yang pergi ke tapak perkuburan itu mendapati masalah tersebut semakin serius.

“Kami pergi ke tapak perkuburan untuk upacara pengebumian penduduk, namun melihat keadaan yang amat menyedihkan dengan tebing sungai yang semakin terhakis,” kata seorang penduduk kelmarin.

“Banyak kubur telah ‘dimakan’ Sungai Saribas dan kebanyakannya terletak di kawasan tebing sungai," katanya.


Menurutnya, penduduk bimbang keadaan akan bertambah buruk dan lebih banyak kubur orang tersayang akan lenyap.


Lebih menyedihkan katanya, tiada perhatian daripada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan bagi membendung kejadian daripada berterusan.

“Pada masa yang sama, kita meminta wakil rakyat untuk bertindak menyelesaikan masalah ini dengan segera,” tegasnya. -Utusan Borneo Online

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.