Pemandu Terselamat Dalam Kemalangan Kendiri Di Jalan Batu Kawa
KUCHING - Pihak Bomba berjaya mengeluarkan seorang pemandu yang terlibat dalam kemalangan kendiri selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas di dalam parit di Jalan Batu Kawa pagi ini.
Komander Operasi PBK II Arisa bin Arshad berkata pihaknya telah menerima laporan kejadian kemalangan pada jam 7.26 pagi dan segera mengarahkan pasukan ke lokasi kejadian.
"Pihak kami telah menggerakan 10 orang anggota Bomba dari Balai Bomba Batu Lintang ke lokasi kejadian dengan sebuah FRT dan sebuah EMRS.
"Tiba di lokasi, sebuah kereta Perodua Kancil berwarna kuning didapati telah berada di dalam parit.
"Seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta itu berjaya dikeluarkan dan mangsa mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan awal dari unit EMRS," katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.
Mangsa kemudiannya telah dibawa ke hospital dengan menggunakan unit EMRS.
No comments