Header Ads

Header ADS

Ahli SUPP Diminta Terus Perkukuhkan Parti


SRI AMAN - Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang, Lingga serta Pantu diminta untuk terus bersatu dalam memperkukuhkan kedudukan parti itu bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.
Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, kerjasama semua ahli parti dari peringkat tertinggi sehingga akar umbi perlu dipererat dan bekerjasama sesama sendiri. 

“Kalau kita sentiasa bersatu hati, bekerjasama nescaya parti kita terus kukuh dan kuat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SUPP di kediaman Pengerusi SUPP Simanggang Datuk Francis Harden Hollis di sini, semalam. 
Justeru, Dr Sim berharap kerjasama erat ahli parti dapat diteruskan bagi memastikan kedudukan parti itu terus kukuh bersama komponen lain. 
Dalam pada itu, seramai 1,200 ahli SUPP Simanggang, Lingga dan Pantu hadir meraikan sambutan itu.
Dr Sim turut menyampaikan beberapa helai baju korporat parti kepada kumpulan muda menyertai parti itu.

Hadir sama Ketua Wanita SUPP Simanggang Ling Siew Hung. 

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.