Header Ads

Header ADS

Abang Zohari Mengadakan Kunjungan Ke Rumah Terbuka Dr. Lulie Melling


KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg mengunjungi rumah terbuka Pengarah Institut Penyelidikan Tanah Gambut (TROPI) Sarawak Dr Lulie Melling di sini, malam kelmarin.

Kunjungan itu dilakukan bersempena perayaan Hari Gawai yang disambut masyarakat Dayak di negeri ini pada 1 dan 2 Jun ini.

Abang Zohari tiba bersama rombongan pada kira-kira jam 9 malam telah disambut mesra oleh ahli keluarga Dr Lulie termasuk suaminya, James Chabu.

Turut mengiringi beliau ke majlis itu ialah Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) Datuk Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg dan Pengasas Kumpulan Syarikat Samling Tan Sri Datuk Amar Yaw Teck Seng.

Abang Zohari kemudiannya meluangkan masa hampir dua jam bersama keluarga Dr Lulie sambil beramah mesra dengan tetamu yang lain.


Kunjungan turut dilengkapkan dengan sesi bergambar bersama keluarga dan hadirin yang datang.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.