Ahli Perniagaan Arab Saudi Mahu Lahirkan Pelumba Kereta F1
LE CASTELLET - Ahli perniagaan dan pereka dalaman Arab Saudi, Aseel Al-Hamad mengisytiharkan era baharu wanita negara itu dalam sukan permotoran hari ini ketika bersiap sedia memandu kereta Formula Satu (F1) di sirkit Grand Prix Perancis di hadapan ribuan peminat.
Beliau menganggap, memandu kereta Lotus Renault E20 yang memenangi perlumbaan 2012 pada pusingan trek Paul Ricard di sini, sebagai tanda berakhirnya larangan terhadap pemandu wanita di atas jalan raya pentadbiran diraja itu.
"Saya percaya hari ini bukan hanya keraian era baharu wanita dibenarkan memandu, ia juga kelahiran sukan permotoran wanita di Arab Saudi.
"Perkara paling penting yang saya tidak sabar lakukan ialah melihat generasi berikutnya, gadis muda mencuba sukan permotoran.
"Saya mahu menyaksikan mereka berlatih dan melakukannya secara serius dalam kerjaya. Ini adalah pencapaian terbesar saya," kata Al-Hamad kepada Reuters.
Hari ini bukan kali pertama Al-Hamad memandu kereta F1, kerana beliau sudah mencubanya di sirkit itu 5 Jun lalu, namun ia adalah sebahagian perarakan pengeluar kereta Perancis itu bagi menandakan kepulangannya ke trek perlumbaan selepas 10 tahun.
Renault menjadi juara dunia pada 2007 apabila dipandu Kimi Raikkonen, kini bersama Ferrari, mencatat kejayaan di Abu Dhabi pada November 2012.
Al-Hamad adalah wanita pertama menganggotai Persekutuan Permotoran Arab Saudi dan Suruhanjaya Permotoran Wanita ditubuhkan badan pentadbir F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
Beliau juga wanita pertama mengimport kereta Ferrari ke Arab Saudi dan membawa kereta miliknya 458 Spider ke trek perlumbaan di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam kursus trek, bengkel dan pelumba profesional.
Ditanya jika akan ada pemandu kereta lumba wanita Arab Saudi, beliau membalas: "Sudah pasti. Ini adalah misi saya di Arab Saudi. Terima kasih kepada Renault, dengan langkah ini, saya berharap menjadi duta untuk menjadikannya realiti di Arab Saudi." -Reuters
Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
ReplyDeleteTerima kasih, Busarakham.