Header Ads

Header ADS

Lot Tanah Bagi Setiap Penduduk Gedong Yang Layak - Naroden


GEDONG - Kerajaan Negeri Sarawak kini sedang berusaha untuk menyedia tanah lot bagi membina rumah untuk setiap penduduk di Gedong yang berkelayakan.

Menteri Muda Keusahawanan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak Datuk Haji Naroden Majais berkata, ini adalah untuk memastikan penduduk Gedong memiliki tanah dan rumah sendiri.

"Jika mendapat kelulusan kerajaan, lot tanah akan disukat oleh Jabatan Tanah dan Ukur dan dipecahkan agar setiap penduduk diberi satu lot.

"Dan, sekiranya ada lebih, ianya akan dipanjangkan ke generasi kedua penduduk kawasan Gedong," katanya lagi sambil menambah, hanya mereka yang belum memiliki tanah lot sahaja yang layak menerima tanah lot yang beliau maksudkan.

Naroden, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ranting PBB Kampung Tengah Hilir, Gedong baru-baru ini.

Beliau mengingatkan penduduk, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri seumpama ini mampu mengumpulkan penduduk semua serta memupukkan semangat gotong royong.

"Biarpun senario politik negara kita berubah, kita di Gedong ini masih bersatu menyokong kerajaan negeri yang sedia ada," ujarnya.

"Saya sudah berada di sini dari kecil lagi dan sememangnya banyak pembangunan telah dibawa oleh kerajaan negeri ke kawasan ini," tambahnya lagi.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.