Header Ads

Header ADS

Ada Sinar Untuk Komuniti Orang Asal Sarawak Berkaitan NCR, Pemakai Menoa Dan Pulau Galau


KUCHING - Komuniti orang asal Sarawak bakal menerima 'hadiah' daripada kerajaan negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Julai ini.

Hadiah tersebut menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah berkaitan dengan tanah hak adat bumiputera (NCR), Pemakai Menoa (PM) dan juga Pulau Galau (PG).

Jelas Abang Johari, kerajaan negeri menyedari bahawa tiga isu ini adalah sensitif dan dekat di hati para pemilik tanah.

"Pasukan petugas diketuai Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan jawatankuasa kerja diketuai Datu Jaul Samion telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu ini.

"Pasukan petugas telah membawa perhatian saya beberapa cadangan untuk menangani isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

"Akhirnya kita kini dapat melihat sinar di hujung terowong," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Penview (PCC), dekat sini malam tadi.

Tambah Abang Johari, beliau akan membawa perkara ini untuk perbincangan pada Mesyuarat Kabinet yang akan datang dalam beberapa hari lagi.


Beliau juga memberi jaminan hadiah bakal menanti komuniti orang asal Sarawak pada Persidangan DUN yang akan berlangsung pada 9 hingga 18 Julai ini.

No comments

Theme images by wibs24. Powered by Blogger.