2 Suspek Seleweng Kontrak Projek Tenaga Solar Di Sarawak Ditahan Reman
PUTRAJAYA - Dua suspek termasuk seorang pengarah urusan syarikat yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan kontrak pembekalan projek tenaga solar sekolah di Sarawak bernilai RM2.5 bilion direman enam hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua mengikut Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009.
Pengarah syarikat itu berumur 59 tahun manakala satu lagi suspek berusia 30 tahun merupakan seorang peguam tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini dengan berpakaian lokap reman SPRM.
Mereka masing-masing ditahan SPRM pada pukul 2.45 petang dan 5.30 petang semalam setelah hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM.
Kementerian Pendidikan sebelum ini memulakan siasatan dalaman berhubung projek membekal panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos RM2.5 bilion yang diberikan kepada syarikat berpangkalan di Bintulu.
Pengagihan projek berkenaan didakwa dilakukan oleh seorang bekas pemimpin negara yang meluluskan secara tanpa tender terbuka.
Projek itu dianugerahkan kepada syarikat di Bintulu dan didakwa melanggar prosedur biasa Kementerian Pendidikan.-UTUSAN ONLINE
No comments